Thursday, December 23, 2010

Kembara Raudhah 37: Rutin Lama Kembali Semula Dengan Nafas Baru!!!!!!

Rutin hidup waktu bekerja akan kembali semula. Minggu depan 26.12.2010 bermula mesyuarat Guru yang pertama. Selepas itu, pendaftaran pelajar baru serta minggu orientasi.Pasti banyak tugas menanti untuk tahun 2011. Nama pun pekerja tentulah banyak tanggungjawa yang bakal dibebani pada bahu anda. Semoga tahun depan menjanjikan kehidupan dunia bekerja yang lebih cemerlang dengan azam baru berserta perancangan yang lebih sistematik dan efisyen.

Rutin hidup sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak juga akan kembali sibuk berbanding semasa cuti sekolah. Memastikan segala keperluan persekolahan cukup tersedia. Ah, ada lagi yang belum selesai. Keputusan penempatan Ammar ke Asrama SABK Nurul Islam belum dapat lagi, dia masih dalam senarai simpanan. Selepas 27 .12.2010 baru keputusan dikeluarkan. Kalau tidak dapat tinggal di asrama, memang aku akan menghadapi masalah menghantar dan mengambilnya pulang dari sekolah. Semoga Allah mempermudah urusan aku kali ini. Muhammad Muaz belum memberi kata putus akan Maahad Tahfiz pilihannya. Semoga Muhammad Muaz Allah menetapkan pendiriannya untuk meneruskan misinya  menghafaz Al - Quran di Darul Quran Kg. Kuala Sungai Baru. Menghantar Muhammad Muaz ke Maahad Tahfiz seawal usia 11 tahun tanpa melalui peperiksaan UPSR adalah keputusan yang julung-julung kali diambil oleh ahli keluargaku di sini. Memang banyak pro dan kontra. Tapi inilah keputusan yang telah aku putuskan insyaallah dengan petunjuk daripada Allah. Semoga inilah yang terbaik untuk Muhammad Muaz di dunia dan akhiratnya. Bukan senang untuk melepaskan anak ke asrama yang hanya dibenarkan pulang sekali dalam sebulan. Muaz perlu menguruskan dirinya sendiri. Semoga Allah mempermudahkan urusan aku kali ini.

Minggu depan juga aku sibuk dengan urusan pendaftaran dan pembelian buku-buku untuk Aisyah dan Hani. Kali ini perbelanjaan meningkat kerana Sekolah Rendah Al Azhar tidak dapat lagi memberikan pinjaman buku teks kerana Kementerian menarik balik peruntukan tersebut atas alasan sekolah swasta. Memang perbelanjaan persekolahan anak-anak setiap hujung tahun tak pernah kurang dari RM 2000. Setakat RM 500 yang diberikan kerajaan memang tidak dapat mengurangkan banyak beban yang ditanggung oleh ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah. Apatah lagi kalau ibu bapa ingin anak-anak mendapat pendidikan agama yang bersepadu. Bayangkan yuran pendaftaran ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM 400 lebih. Yuran pendaftaran ke Maahad Tahfiz RM 600 lebih. Ini kira yang termurah berbanding sekolah agama lain yang mencecah RM 1000. Itu belum lagi masuk pendaftaran asrama, yuran bulanan, keperluan dan peralatan yang lain lagi. Pendekata untuk anak-anak mendapat ilmu agama yang terbaik ibu bapa perlu sedia lebih banyak wang. Kalau tidak sanggup lebih baik hantar ke sekolah aliran kebangsaan sahaja. Sepatutnya sekolah-sekolah aliran agama seperti inilah dibantu supaya semua golongan mampu mendapat pendidikan yang terbaik. Kalau adapun sekolah agama yang terbaik tetapi tempat adalah terhad. Yang lain-lain, yuran mahal, menghadapi masalah tenaga pengajar yang tidak tetap serta prasarana yang tidak sempurna. Inilah masalah sekolah aliran agama yang perlu diselesaikan oleh pemerintah. Aku tidak berpeluang ke sekolah agama dulu kerana bapaku tidak mampu. Aku tak akan biarkan anak-anakku jahil agama. Semoga Allah memberikan aku rezeki yang murah dan diberkati.

Pagi tadi aku sempat mengikuti perbincangan dalam Program Wanita Hari Ini mengenai Bajet Persekolahan. Bagaimana ibu bapa dapat menguruskan bajet persekolahan yang lebih baik? Bagaimana anak-anak dapat membantu ibu bapa mengurangkan kos perbelanjaan persekolahan? Sesuatu yang agak menarik dan aku perlu mendapatkan buku Ibu bapa Hebat Anak Cemerlang. Oops ada satu buku yang aku perlu pulangkan kepada Perpustakaan Desa Kg. Tanjung sebelum 30.12.2010 iaitu Rahsia Buat Duit Melalui Blog.  Menarik untuk dicuba sebagai antara rutin 2011......... jadi atau tidak.........belum cuba belum tahu....... Rutin Lama Nafas Baru. 

Monday, December 6, 2010

Kembara Raudhah 36. Hijrah 1432


 Selamat datang  tahun 1432H. Apakah sudah terlaksana segala azam dan impian kita sebelum ini? Jika ya alhamdulillah, jika belum teruskan berusaha mencapainya. Yang penting kita menjadi lebih baik dari hari semalam pada setiap hari. Bolehkah? Insyaallah, aku pun masih terus berusaha. Kita hamba yang lemah banyak buat silap dan sering juga alpa. Moga Allah terus membimbing kita dengan hidayahNya dan kita tidak tersasar dari siratolmustaqiim.

 Hijrah memang Sunnah  para Nabi. Memang wajar kita mengikuti sunnah ini kalau tak hijrah tempat tinggal, tempat kerja, tempat belajar pun yang penting kita mesti berhijrah dari kurang ilmu, iman dan amal.  Hijrah ini memang amat berkesan di hati. Aku dan kita semua dapat melihat susah payah Nabi memperjuangkan penyebaran agama Allah sehingga kita di sini turut mendapat hidayah Islam. Ternyata 13 tahun dakwah Nabi di Kota Madinah penuh dengan ranjau dan duri waima tekanan, cercaan, kata nista, siksaan dan cubaan membunuh dikenakan kepada Nabi dan para sahabat ketika itu daripada kaum Musyrikin Mekah. 

Akhirnya Allah mewahyukan supaya Nabi berhijrah ke Madinatul Munawwarah utk memulakan dakwah di sana seterusnya membina negara Islam yang pertama di muka bumi ini. Selepas perjanjian Aqabah pertama kemudian  yang kedua dimeterai dgn penduduk Madinah yang dtg mengerjakan upacara tradisi di Kaabah pada bulan Zulhijjah , maka Nabi sejak awal Muharram lagi telah mengarahkan seorang demi seorang, sekumpulan demi sekumpulan para sahabat untuk berhijrah ke sana sehinggalah pihak Kaum Musyrikin mula menyedari akan penyusutan jumlah umat Islam di Kota Mekah. Selepas itu mereka merancang untuk membunuh Nabi. Perancangan Allah mengatasi segalanya, Nabi tahu perancangan musuh. Setelah menyusun strategi dgn teliti pada malam 28 Safar Nabi pun berhijrah bersama Abu Bakar. Tempat tidur baginda Ali yang baring utk mengelirukan musuh. Nabi keluar dari rumahnya bersama Abu Bakar dgn selamat walaupun dikepung oleh musuh setelah membaca satu ayat dalam surah Yasin pada pasir lalu di lempar kepada musuh menyebabkan musuh tertidur. 

Baginda jalan berundur kebelakang dari Kota Mekah iaitu ke  Gua Thur utk mengelirukan musuh. Tiga malam baginda di situ bersama Abu Bakar. Di sinilah kita menyaksikan betapa kasih sayang seorang sahabat terhadap kekasih Allah. Abu Bakar rela kakinya digigit binatang berbisa dan menanggung kesakitan daripada menggerakkan Nabi bangun dari tidurnya. Asma pula merupakan gadis sunti yang berani membawa makanan kepada Nabi dan ayahandanya demi melancarkan hijrah Rasulullah.  Baginda berhijrah ke Madinah menaiki unta dengan Abdullah b.  sebagai jurupandu yang pakar akan perjalanan ke sana. Baginda tidak melalui jalan biasa sebaliknya mengambil jalan di pinggir laut supaya musuh terkeliru. Abdullah bukan orang Islam tetapi beliau amanah dalam membantu hijrah Nabi. Justeru kafir zimmi di negara kita selagi tidak menentang agama Allah  perlu ditunaikan hak mereka.

Akhirnya perjalanan merentasi padang pasir dan gunung ganang yang gersang sejauh 420 km berjaya ditempuhi oleh Nabi dan Abu Bakar dengan selamat. Bayangkanlah betapa sukarnya perjalanan hampir 2 minggu Nabi menempuhi panas terik dan dingin malam di padang pasir demi menegakkan agama Allah di tempat yang menjanjikan cahaya yang lebih terang untuk agama Allah dan umat Islam seluruhnya. Tempat yang pertama Nabi berhenti dan solat ialah di Quba.  Tak hairanlah kalau sesiapa yang dapat berwuduk dari rumahnya kemudian bersolat sunat dua rakaat di masjid Quba mendapat pahala seumpama pahala orang yang melakukan umrah. Kemudian nabi meneruskan perjalanan sehingga tiba di depan rumah Abu Ayub Al Ansari unta tunggangan Nabi pun berhenti .Hari tersebut ialah 12 Rabiulawwal bersamaan tarikh hari lahir baginda. Lalu nabi menginap di situ. Akhirnya tempat tersebut dibina Masjid pertama di Madinah iaitu Masjid Nabawi. Kedatangan Nabi disambut meriah oleh kaum Ansar dari suku Aus dan Khajraz dan para sahabat yang terlebih dahulu tiba di sana. Dendangan nasyid tolla'al badru alaina, minthani yatil wadaaa'g wajjabatssyukrualaina, madaallillahidaai' berkumandang penuh kegembiraan menyambut ketibaan Rasulullah.

Selepas 17  tahun hijrah Nabi berlaku, atau selepas 7 tahun Nabi wafat barulah Saidina Umar al Khattab bersama para sahabat bermusyarah untuk memilih bulan permulaan bagi tahun hijr umat Islam. Hal ini kerana urusan pentadbiran surat menyurat ketika itu menjadi sukar kerana umat islam hanya ada bulan tetapi tiada tahun. Para sahabat bersepakat memilih bulan Muharram sebagai permulaan tahun hijr berdasarkan alasan permulaan Hijrah Nabi sebenarnya perancangannya bermula sejak awal Muharram lagipun selesai bulan Zulhijjah kebanyakan jemaah haji pulang ke kampung halaman dalam keadaan suci bersih daripada noda dan dosa seperti bayi baru dilahirkan. Maka Muharram layak menjadi bulan pertama kaledar hijrah sesuai untuk umat Islam memulakan buku baru dalam kehidupan mereka.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1432 DAN SEMOGA BERTAMBAH ILMU, IMAN DAN AMAL BUAT ANAK-ANAKKU, SEMUA SAUDARA MARA DAN PARA SAHABAT SERTA PEMBACA BLOG INI.

Wednesday, November 24, 2010

Kembara Raudhah 35: Menjejak Silaturrahim Aidiladha 1431H


Tanggal 11 Zulhijjah 1431H bersamaan 18 November 2010 aku telah membawa anak-anakku untuk pertama kalinya menjejaki saudara mara arwah suami / abah mereka setelah 3-4 tahun tidak mengunjungi saudara mara di Parit Buntar. Ini kali pertama anak-anakku menaiki keretapi. Kami bertolak ke sana dari hentian keretapi Alor Setar jam 11.45 pagi dan tiba di Hentian Keretapi Butterworth sekitar jam 2.00 petang. Kiranya agak memuaskan juga perkhidmatan keretapi sekarang. Tetapi yang tidak memuaskan ialah perkhidmatan jualan tiket yang agak lambat dan kemudahan di hentian keretapi. Mungkin hari tersebut hanya satu kaunter dibuka, maka terpaksalah aku beratur lama dari jam 10.45 hingga 11.30 baru dapat beli tiket. Memang anak-anakku teruja untuk ke sana berjumpa saudara mara di sebelah abah mereka.

Kami menaiki teksi ke Taman Pelangi, rumah Bang Peack dan Kak Imah dari Butterworth. Walaupun tambang agak mahal iaitu RM 75 berbanding tambang bas hanya RM 4 seorang. Apapun yang penting anak2ku tidak letih berjalan ke hentian bas pada waktu panas terik. Di rumah Bang Peack ada Mak Ndak dan Pak Ndak yang masing-masing sudah tidak dapat berjalan lagi. Terharu dapat berjumpa semua di sana.Petang tersebut hampir maghrib kami bertolak ke Rumah Asu di Kemunting Taiping kerana memenuhi jemputan kenduri korban. Dapatlah kami berjumpa dengan anak2 Asu setelah hampir 7- 8 tahun tidak bertemu semenjak arwah Acik meninggal dunia.




Hari pertama dan kedua kami tiba, anak2ku masih belum dapat menyesuaikan diri dengan saudara mara di sana. Masing-masing buat hal sendiri. Almaklumlah lama2 sekali berjumpa. Pagi Jumaat esoknya anak2ku bukan main seronok dibawa Khairi naik motor ke rumah Pak Ndak di tebuk menyaksikan sembelihan lembu korban. Kemudian tengah hari tu kami ke rumah Ateh dan makan tengah hari di sana, Kesempatan itu aku ambil untuk membawa anak2 mengunjungi rumah mak selang sebuah dari rumah Ateh, Lama sungguh tak jumpa mak. Aku juga mengunjungi tuan guru Haji Ehsan yang terlantar tidak dapat berjalan. Beliau ditemani isterinya tok su. Terharu aku melihat keadaan tuan guru. Dulunya aku sering melihat beliau bermotorsikal ke mana2 khususnya untuk mengajar ilmu agama.

Di rumah Ateh anakku semakin mesra dengan anak2 Ateh. Mereka asyik berbasikal di halaman rumah Ateh bersama Nurin, Taqiudin dan Taqifah. Kemudian hampir waktu Asar kami ke rumah pusaka arwah Abah yang kini dihuni oleh Kak Awa dan Abang Ewah sekeluarga. Di situ juga aku bertemu kembali dengan Fatimah anak Pak Teh. Alhamdulillah dia sudah kembali sihat. Anaknya pun dah jadi anak dara sunti.  Kemudian kami ke rumah Bang Peack lagi untuk sama-sama membantu menyediakan juadah kenduri tahlil malamnya nanti. Kak Imah dan Bamng Peack dah selesaikan banyak perkara dah, kami hanya tolong sikit2 saja. Petang tu juga aku dapat bertemu Kak Awin,Kak Al sekeluarga, Bang Hasan anak beranak dan juga Kak Zie sekeluarga. Memang seronok dapat bertemu semuanya sekali. Anak2 ku juga semakin dapat menyesuaikan diri dan rapat dengan sepupu2 khususnya yang sebaya mereka.









Malamnya berlangsunglah majlis tahlil dengan menu istimewa di sini iaitu sup daging, cecapan, ikan kering, ulam timun dan sambal belacan. Ketua tukang masaknya ialah Bang Peack dan Kak Imah. Memang sedap. Anak2ku memang menggemari rasa cecapan. Keesokannya berlangsung majlis perjumpaan 4 generasi Keluarga Allahyarham Abas iaitu moyang anak2ku. Perjumpaan kali pertama ini dihadiri kebanyakan daripada keluarga arwah Along, arwah Pak Teh, arwah Abah, keluarga Pak Ndak dan Asu. Keluarga Arwah Pak Lang dan Pak Cik tidak dapat hadir. Anak2ku mungkin tidak dapat mengenali mereka semua tetapi mereka sedar bahawa mereka mempunyai ramai saudara di sebelah  arwah Abah mereka dan mereka gembira dapat berkumpul bersama bertahlil untuk arwah2 yang diketuai oleh Pak Ndak Azhar.

Kunjungan kali ini terpaksa ditamatkan.Sebelum pulang kami bergambar beramai2 di halaman rumah Kak Awin. Semua ada kecuali arwah Acik. Kami pulang pada petang 20 November 2010 dihantar oleh Paksu Pawi dan Mak Su Eliza serta anak2nya dan juga Fariza, Fatin dan Faqihah ke Hentian Bas Butterworth. Alhamdulillah kami sampai di Hentian Bas Shahab Perdana jam 7.00 malam dijemput oleh Yusri adikku. Anak2ku rancak bercerita pengalaman mereka di sana. Dan yang tidak aku sangka2 anakku Muhammad Muaz mengeluarkan ayat2 yang menyentuh perasaanku. Katanya " awal2 dulu Muaz rasa tak mau pi ke sana, tapi lepas tu rasa tak mau balik pula, macam nak menangis". Aku tanya semula" kenapa bila saudara mara ajak tinggal lagi di sana, Muaz nak balik pulak?" Jawabnya, "baju dah habih, takkan nak ulang baju tu saja". Itulah anak2, kadang2 kita tak jangka apa yang mereka rasa dan fikirkan. Terima kasih kepada semua. insyaallah panjang umur jumpa lagi. Sekurang2nya aku telah menjalankan satu lagi amanah menghubungkan silaturrahim antara anak2ku dengan saudara mara mereka di sana.

Friday, November 12, 2010

Kembara Raudhah 34: Sekali air bah sekali pantai berubah, Sekali kena musibah sendiri mau ingat

Banjir besar melanda negeri di utara semenanjung khususnya Perlis dan Kedah bermula 1/11/2010 hingga kini 12/11/2010 masih ada tempat yang belum surut banjirnya. Dulu banjir besar melanda setiap 20 tahun, kemudian setiap 10 tahun, kini setiap 5 tahun, akan datang wallahua'lam. Yang pastinya jumlah isipadu air hujan semakin bertambah, hingga apabila air dalam bumi sudah penuh tidak mampu lagi menyerap dan menyimpan air, ditambah pula air laut pasang besar, kemana air hujan mau pergi. Ikut laluan biasa, sungai makin kecil dan cetek sedang air makin banyak, tanah bendang yang boleh jadi kolam tebatan banjir semulajadi makin sedikit kerana dibina taman perumahan, pembangunan jalan raya, dan jalan keretapi lebih tinggi dari laluan air, akibatnya air hujan melimpahi tebing sungai masuk ke parit longkang di seluruh pekan, bandaraya, kampung dan taman perumahan. Berlakulah banjir besar atau bah besar melibatkan kira-kira 40,000 lebih rakyat Kedah menjadi mangsa banjir kerana air hujan yang banyak sedang mencari laluan untuk ke laut dan berlakulah bah besar antaranya tidak dapat dinafikan kerana perbuatan manusia itu sendiri yang membuat kerosakan di muka bumi Allah. Kejadian yang berlaku dengan pantas ini telah menyebabkan kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan kehilangan mata pencarian.

Insan yang mudah lupa, perlu sentiasa dingatkan. Antara peringatan Allah buat kita yang bergelar insan ialah musibah. Innalillahilaihiraajiuun. Kasih sayang Allah maha luas, justeru Allah menguji kesabaran hambaNya dengan ujian ini. Semoga hamba yang beriman terus sabar menerima ketentuan Allah, maka Allah akan meningkatkan darjat hambanya yang bersabar. Semoga kita yang alpa dengan kesibukan duniawi hingga lupa untuk bersyukur kepada tuan punya alam ini kembali bermuhasabah diri dan bangkit semula dari lena yang panjang. Sedarlah bahawa dunia semakin tua, kita saja yang perasan semakin muda sebab tertipu dengan kecantikan dunia. Setiap apa yang hilang daripada kita memang sebenarnya bukan hak kita, semua hanya pinjaman. Apabila dikehendaki kembali oleh tuannya, maka redhalah ia hilang daripada kita.

Memang cakap cukup mudah kerana lidah tidak bertulang. Siapapun tidak menolak kenyataan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Namun apalagi daya kita melainkan kembali semula semuanya kepada Allah, barulah jiwa kita jadi tenang. Jangan pula kita menjadikan bencana banjir ini sebagai modal untuk berpolitik sempit hingga mengeruhkan suasana kehidupan bermasyarakat sepertimana keruhnya air banjir kali ini. Siapa yang sempat membantu mangsa banjir, buatlah tanpa mengira siapa mereka.Usahlah dicanangkan ini bantuan daripada siapa bin siapa. Adakah kita belum lagi sedar akan peringatan Allah, hebat macammana sekalipun anda, hanya dengan tentera Allah yang paling lembut ini manusia tak terdaya menangkisnya. Allahuakbar!


Berbicara dengan orang yang sengaja membutakan mata hatinya, memekak telingannya ibarat berbicara dengan orang yang bodoh lagi sombong. Lebih baik diam daripada kita turut menjadi bodoh seperti mereka. Tetapi menegakkan kebenaran adalah lebih penting daripada membiarkan fitnah bermaharajalela.

Thursday, October 14, 2010

Kembara Raudhah 33: Musim Haji



Tahniah kepada semua saudara mara, sahabat handai dan seluruh rakyat Malaysia yang telah menerima jemputan menjadi tetamu Allah pada musim haji 1431H kali ini. Aku sendiri turut menumpang rasa syukur, hatiku kembang dan berbunga2 gembira, malah perasaanku melonjak2 bagai ingin aku terbang bersama-sama bakal haji dan hajah ke tanah suci lagi. Rinduku kepada bumi Makkah dan Madinah kembali bertamu. Ingatan kembali segar seperti baru aku bertawaf mengelilingi Kaabah dan seperti baru saja aku bersolat di Raudhah dan memberi salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga Allah mentakdirkan kepadaku bahawa aku akan dapat lagi ke tanah suci Makkah dan Madinah. Labbaikallah hummalabbaik, labbaikala sharikalakalabbaik, innalhamda, walni'mata, lakawalmulk, lasharikalak.

Semoga semua tetamu Allah akan dapat menunaikan Rukun Islam yang ke-5 dengan sempurna dan mendapat ganjaran haji yang mabrur. Selamatlah dalam perjalanan kalian ke satu tempat yang penuh dengan ketenangan dan menunggu anda dengan ganjaran akhirat yang tidak terhingga. Insyaallah.

Monday, September 27, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Ucapan ini ditujukan khas kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 3 di SMK Pulau Nyior dan anak-anak saudara iaitu Firdaus, Sara, dan Diana. Good Luck. Anda buat anda dapat. Insyaallah kejayaan menanti anda semua.

Saturday, September 25, 2010

Kembara Raudhah 26: Selamat Menghadapi Peperiksaan

Sebahagian daripada para pelajar tingkatan 1 Jabir tahun 2008, sekarang sedang bergelut untuk menghadapi PMR, Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang. Insyaallah.

UPSR telah selesai. Anak-anak, guru-guru dan para waris kini dapat menarik nafas lega. Beban tergalas di bahu dan di benak masing-masing telah berjaya dilepaskan. Tiada lagi kelas tambahan di sekolah sampai ke malam. Tiada lagi kelas tuisyen hujung minggu di pusat tuisyen. Belanja ibu bapa kuranglah sedikit. Hoorey, merdeka..., itu jerit anak-anak kita.

Kasihan mereka, kasihan guru-guru, kasihan ibu bapa, semua menjadi mangsa sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan. Prestasi sekolah, pentadbir, guru, anak-anak pelajar tidak dapat tidak akan diukur berdasarkan berapa A yang pelajar dapat. Eloklah kerajaan mengkaji semula sistem ini, mudah-mudahan satu rumusan yang terbaik dapat diambil dan dilaksanakan demi kebaikan semua pihak khususnya para pelajar yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.

Seeloknya exam diteruskan, cuma diubahsuai dan silibus dikecilkan skopnya. Hal ini penting supaya para guru mempunyai cukup ruang untuk memantapkan kefahaman pelajar terhadap satu-satu bidang kemahiran yang diperlukan oleh pelajar. Pada waktu sekarang guru asyik mengejar silibus kerana luasnya silibus yang ditetapkan. Lagipun banyak waktu P&P guru dan pelajar hangus kerana mesyuarat, kursus, aktiviti ko kurikulum, persiapan hari sukan, hari anugerah dan macam-macam hari lagi. Belum termasuk lagi cuti sakit dan cuti rehat.

Apa-apapun selamat menghadapi peperiksaan kepada para pelajar tingkatan 3 yang lagi seminggu akan berhadapan dengan PMR. Semoga anda akan mendapat kejayaan yang cemerlang. Begitu juga dengan pelajar-pelajar tingkatan lima yang akan menyusul berhadapan dengan peperiksaan SPM. Jangan lupa restu daripada ibubapa dan para guru amat penting selain daripada kasih sayang Allah kepada kita. Berdoalah kepada Allah Rabbul Jalil dan pohonlah restu ibubapa dan guru-guru anda.

Sunday, September 12, 2010

Kembara Raudhah 25:Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Minal Aidil Wal Faizin.


Hari ini sudah 4 Syawal. Walau terlambat aku tetap ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada semua yang mengunjungi blog ini. Sibuk tak sempat up-date blog sendiri.

Isunya, bagaimana kita dapat mengisi hari raya mengikut syariat. Hakikatnya cabaran sangat besar. TV, PS, food, environment, siblings, friends, our son and daughter, how could you train your self and everybody around you to be a good muslim during the hari raya. Hanya yang kuat saja dapat melawan segala cabaran di sekeliling anda. Suasana jadi lebih mudah jika semua memahami dan mempunyai matlamat yang sama. But you have try your best from time to time.

Satu lagi isu, bila UPSR belum dihapuskan dan exam selepas hari raya. Bagaimana anda dapat kawal anak anda supaya sentiasa mengulangkaji pelajaran sepanjang musim hari raya ini.Cabaran juga besar. Mood anak2 hanya bergembira bersama para sepupu yang jarang2 dapat bertemu.

Apa2 pun jom rebut peluang berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Semoga training di Universiti Ramadhan kali ini dapat membentuk diri menjadi lebih baik dari semalam, insyaallah.

Thursday, August 26, 2010

Kembara Raudhah 23: Mencari Lailatul Qadar


Sedar-sedar sudah 17 hari kita berpuasa. Semakin hampir dengan 10 malam terakhir. Malam-malam yang menuntut kita melipatgandakan lagi ibadat kita kepada Allah, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Baginda mengejut isterinya daripada tidur supaya bersama-sama melakukan Qiyamullail.

Bagaimana dengan kita? Semoga kita juga melipatgandakan ibadat kita dan dipilih Allah untuk bertemu dengan satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan atau 83 tahun iaitulah malam Lailatulqadar. Kalau nak buat persiapan apa-apa pun biarlah kita selesaikan terlebih dahulu sebelum menginjaknya 10 malam terakhir. Moga-moga yang terbaik daripada Allah adalah untuk kita sekeluarga insyaallah.

Sayu rasanya bila memikirkan Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita. Lagi sedih bila memikirkan ada orang yang belum semalampun menunaikan ibadat terawih. Banyakkanlah bersedekah, berusahalah membaca al-quran sehingga khatam dan lain-lain ibadah semoga universiti Ramadhan ini dapat mendidikdan memersih jiwa kita menjadi lebih mulia dan suci di sisiNya. Dan kita akan grad dengan pangkat paling cemerlang.

Boleh atau tidak bergantung kepada usaha kita untuk mencapainya dengan syarat ikhlas kerana Allah. Marilah kita bersama-sama mencari mardhatillah di bulan penuh barakah ini dan melanjutkannya dalam kehidupan kita seterusnya.

Monday, August 9, 2010

Kembara Raudhah 23:Kelab Keluarga Sihat 123

Hari ini tanggal 9.8.2010, genap tiga hari Kelab Keluarga Sihat 123 yang aku usahakan di No. 6 Taman Mentari bersebelahan Masjid Al A'ala di Jitra beroperasi. Kelab ini aku usahakan di rumah adikku yang bakal dijadikan homestay. Sementara homestay ini belum beroperasi maka aku park kelab aku di situ buat sementara.

Aku hanya perkenalkan kepada saudara mara dan rakan sejawat sahaja. Misi kelab ini ialah nutrisi sihat 123. Kelab ini bertujuan untuk educate masyarakat tentang tabiat pemakanan yang sihat khusus sarapan pagi dan kepentingan air untuk tubuh badan serta kepentingan mengelakkan stress agar organ-organ dalam badan kita tidak cepat rosak.. Selain itu kelab ini juga beroperasi untuk menyediakan sarapan pagi yang sihat kepada rakyat Malaysia di samping memberi kasih sayang sesama manusia. Kasih sayang dalam bentuk mendengar masalah client, memberi nasihat, panduan dan sokongan padu ke arah mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Kini kematian disebabkan penyakit lifestyles diseases seperti heart attack, jantung, diabetes, angin ahmar, strok, darah tinggi, batu karang dan lain-lain adalah antara punca-punca utama kematian dan kes rujukan di hospital seluruh dunia. Malah rakyat Malaysia adalah rakyat yang paling gemuk di dunia. Rakyat Kedah pula memegang rekod pesakit kencing manis tertinggi di Malaysia. Semua penyakit berpunca daripada perut sebagaimana sabda Nabi SAW. Oleh kerana Allah lebih sayang kepada porang mukmin yang sihat berbanding orang mukmin yang tidak sihat, justeru patut sangat kita orang Islam berusaha untuk mempertingkatkan tahap kesihatan kita.

Aku berminat untuk membuka kelab ini setelah 8 kali mencuba sarapan ini berturut2 dan hasilnya aku kini lebih sihat, tiada lagi demam, sendawa angin yang teruk, gastrik, migrain dan muntah2 hingga bersimpul ususku. Hari ini hari ke 13 aku bersarapan dengan nutrisi ini. Syukur alhamdulillah kerana Allah mempertemukan aku dengan makanan yang dapat menyelesaikan masalah kesihatan yang aku alami selama ini. Aku berharap dapat menolong orang lain untuk jadi lebih sihat. Berdakwah ke arah hidup yang sihat demi ibadat kita kepada Allah. Bila sel badan sihat, organ dan tubuh juga jadi sihat dan cergas. Insyaallah kita akan lebih bertenaga untuk mencari nafkah dan beribadat kepadaNya.

Wednesday, August 4, 2010

Kembara Raudhah 22: Minggu Petah Bicara dan Kempen Membaca 1 Malaysia

Persembahan lagu Puisi Balada Seorang Gadis Kecil karya Allahyarham Zubir Ali disampaikan oleh Dwi Aisyah sebagai memperkenalkan genre lagu2 puisi kepada para pelajar. Baru petang tadi rehearsal dengan muzik dan baru petang selasa kelmarin aku sempat memperdengarkan lagu tersebut kepada mereka. Kerana mereka berbakat dapat juga mereka sampaikan dengan memuaskan petang tadi. Terima kasih dwi Aisyah. Maaf Amir Witra sebab tak sempat buat persembahan lagu puisi. Lain kali giliran anda.
Wan Amirul wan Daud sebagai Haji Pakir, Nurul Nabilah Ahmad sebagai Hajah Derisah dan Nurul Syaza Mohd Asri sebagai Rohani dalam pementasan drama Arah Ke Mana karya Johan Jaffar dipetik Teks Komsas Kasut Kelopak Jantung. NurSyifa Atiqah Osman sebagai suara latar Hjh Derisah dan Rohani serta Mohd Ihsan Faruqi sebagai suara latar Haji Pakir. Mohd Tarmizi Che Pi juruteknik pentas, Mustaqim suara Rohani menyanyi dan semua pelajar 1KAA, 2KAA, 2K1 serta 2Kindus, terima kasih banyak2. Semoga anda semua menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Watak Rohani sebagai anak yang tidak menghormati orang tua berjaya disampaikan oleh Nurul Syaza.
Set Dinding rumah, kubur, dan pintu rumah dibuat oleh suami Kak Tie Riso, terima kasih banyak2 atas pertolongan yang diberikan bagi menjayakan perembahan ini. Terima kasih juga kepada Unit Kaunseling kerana meminjamkan set kerusi untuk ruang tamu rumah Haji Pakir dan Hajah Derisah ini.

Hari ini adalah hari yang paling sibuk buat aku kerna program penutup Minggu Petah Bicara dan kempen Membaca 1 Malaysia dilangsungkan. Sebagai AJK pelaksana program di sesi petang aku, kak tie omar dan nadirah terpaksa bertungkus lumus menjayakannya. Dalam keterbatasan waktu program ini berjaya diadakan. Hanya sedikit masa kami sempat mengadakan rehearsal sebenar petang tadi sebelum program berlangsung jam 4.20. Aku janji dengan pelajar jam 11.30 pagi tapi bila datang elektrik tiada di dewan terbuka, kalutla aku ke sana ke mari mencari punca dan orang yang boleh baiki keadaan. Alhamdulillah jam 1.20 masalah ini dapat diselesaikan. Tup2 music yang kami downloads tak mau berbunyi, gambar saja ada. Kesilapan semasa downloads. So muzik sedih dan muzik harp instrumental tak boleh aku gunakan dalam drama tadi. Lepaih ni aku mesti cari program khas untuk downloads. Bila pertandingan berlangsung, time pelajar2 aku buat persembahan drama Arah Ke Mana, battery microfon weak pula, pelajar2 aku pulak masih belum dapat menguruskan keadaan, semua mesti di arah. So kelam kabutla sikit. Almaklum budak2 aku baru tingkatan 1, so perangai masih kebudak-budakan, jenuh nak mendisiplinkan mereka semasa latihan. Semuanya cikgu kena buat, kalau tidak tak jadilah program ni. Apa-apapun mereka tetap anak2 yang baik dan berbakat. Walau ada kekurangan di sana sini aku masih berpuas hati dengan usaha mereka. Kalau diberi peluang mementaskan lagi drama ini pasti mereka dapat melakukannya dengan lebih baik.

Ternyata anak-anak pelajar memang berbakat.Cuma cikgu tak ada masa nak pelbagaikan p&p sebab disibukkan dengan time kejar silibus tak habis2. So apa lagi, mana ada masa nak buat macam2 kemahiran untuk mengajar pelajar supaya petah berbicara. Tadi pelajar tingkatan 2K1,2KAA, 2 Kindus dan tingkatan 1KAA telah berjaya mementaskan drama daripada Teks Komponen Sastera dengan baik setelah beberapa hari berlatih iaitu drama Penunggu Pusaka dan Arah Ke Mana. Aku tak sempat kemukakan banyak soalan kuiz tentang drama Arah ke Mana kerana kesuntukan masa. Sebenarnya aku ingin lakukan supaya drama tadi menjadi salah satu proses p&p kepada pelajar2 lain, tetapi keadaan tidak mengizinkan dan bukannya sekadar sebuah hiburan semata-mata. Seterusnya ada pertandingan deklamasi sajak dan nyanyi lagu puisi. Walaupun mereka belum mahir cara mendeklamasi sajak dan menyanyi lagu puisi, aku tetap bangga kerana pelajar2ku berjaya menyahut cabaranku agar menyertai pertandingan ini semata-mata untuk belajar membina keyakinan diri sendiri.

Pelajar2 takut untuk menyertai pertandingan kerana tak berani berada di hadapan ramai pelajar. Aku katakan kepada mereka bahawa "kamu kena faham bahawa kamu masuk bukan untuk kalah atau menang, sebaliknya kamu masuk untuk berlawan dengan perasaan kamu sendiri, jika kamu berjaya berdiri di atas pentas dan menyampaikan persembahan itu hingga selesai, anda sebenarnya telah menang, selepas selesai anda pasti berasa lega kerna telah berjaya memecah tembok yang ada dalam diri anda sendiri.

Secara keseluruhannya aku berjaya menyelesaikan tanggungjawab yang telah diberikan. Namun sebagai khalifah Allah di muka bumi, aku mohon ampun kerana tidak dapat mengawal semua keadaan. Ada sesetengah slot yang dipersembahkan pelajar memang baik tetapi ada sedikit cara atau aksi tersebut agak terkeluar daripada etika yang sepatutnya memandangkan sekolah tempat mendidik pelajar ke arah kebaikan. Justeru sepatutnya hal seperti itu tidak berlaku. Aku terlepas pandang akan hal ini kerana tak berkesempatan jadi Lembaga Penapisan dan tak sangka akan jadi begitu. Semoga Allah mengampuni kekhilafan aku. Sesungguhnya aku hamba yang lemah. Jika ada lagi pementasan ulangan maka aku akan pastikan keadaan ini dapat diperbetulkan sebab mereka mungkin tidak sedar kesilapan itu.

Apa-apapun terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat menjayakan program ini.
Termasuklah cikgu yang menjadi pengacara, pengadil dan juruteknik P.A System. Sebenarnya aku dah pernah melatih pelajar tingkatan 2 Rancangan Khas di SMK Seri Perak mementaskan drama Penunggu Pusaka dan Buyong bersempena dengan majlis penutup Bulan Bahasa pada tahun 2002. Sememangnya mereka semua telah berjaya mementaskannya dengan cemerlang sekali. Teringat lagi ketika itu aku tengah sarat mengandungkan anakku yang keempat, terpaksalah aku minta tolong arwah suamiku menguruskan beberapa perkara. Merakam bunyi enjin kereta dihidupkan dan sebagainya. Itulah kenangan terakhir aku dengan para pelajarku di sana kerana tak lama selepas itu aku pulang bersalin di HBAS pada 21 Jun 2002 dan seterusnya suamiku meninggal duniapada 13 Julai, terus aku menyambung cuti sehingga bulan Oktober dan aku terus dapat bertukar ke Sek. Men. Keb. Permatang Bonglai pada 23 Oktober 2002. Mungkin kebanyakan pelajar2 ku itu kini ada yang telah pun berkahwin dan berkerja.

Wednesday, July 28, 2010

Kembara Raudhah 21:Bila Ramadhan Datang Lagi


Alhamdulillah lagi 12 hari lagi kita akan bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan yakni bulan Ramadhan almubarak. Moga-moga Allah memanjangkan umur kita sehingga kita sempat lagi melalui Ramadhan kali ini. Insyaallah.

Apa perancangan dan persediaan kita menyambut Ramadhan kali ini? Semestinya kita bersedia untuk mempertingkat lagi amal ibadah kita dan mengurangkan yang lagha terutama bagi kaum wanita hal-hal yang berkaitan dengan makan minum serta perhiasan menjelang aidilfitri.

Eloklah kita memperbaiki bacaan alquran kita sepanjang aktiviti tadarrus alquran, menganjurkan kelas-kelas agama bab menyucikan jiwa bagi mengisi masa sepanjang ramadhan, bersolat tarawikh, membanyakkan qiamullail, mengurangkan bercakap di siang hari kecuali yang benar2, beriktikaf di sepuluh malam terakhir dan seterusnya mendidik anak-anak dengan sunnah berpuasa cara Rasulullah S.A.W.

Bagaimana kita dapat memastikan kita hanya akan berbuka dengan segelas air putih dan 7 biji kurma sahaja? Kemudian terus solat. Sedangkan selama ramadhan yang berlalu kita berbuka dengan berbagai-bagai juadah yang memenuhi meja makan di rumah kita. Inilah cabaran besar yang mesti aku lakukan. Boleh atau tidak aku dan anak2ku mengikuti cara berbuka mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Yang ini dulu perlu kita cuba, yang lain-lain insyaallah kita lakukan seterusnya. Semoga Allah membantu kita untuk memperbaiki ibadat kita kepadaNya.

Sabda Nabi S.A.W "jika umur sudah menginjak 40 tahun tetapi belum memperbaiki dan mempertingkatkan amalan kepada Allah SWT, maka bersiaplah anda untuk menuju ke neraka". Nauzubillah. Peringatan buat diri kita yang mudah lupa. Allah telah membentang nama-nama hambanya yang akan menjadi ahli kubur pada tahun hadapan dan dia tak akan sempat bertemu Ramadhan yang akan datang pada bulan Syaaban ini. Siapakah mereka itu? Kita tidak tahu, apakah sudah tiba giliran kita? Justeru marilah kita mempertingkat persediaan kita menuju ke alam yang kekal abadi.

Arwah Acik pernah mengingatkan aku pada malam terakhir Ramadhan yang dia sempat lalui iaitu bulan Ramadhan 1422H betapa para ulama sangat gembira dan tidak sabar2 untuk menyambut bulan Ramadhan dan sangat bersedih hati apabila Ramadhan hampir meninggalkan mereka kerana takut tidak lagi berkesempatan bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini.Sejauhmana kedudukan kita dalam merindui Ramadhan kali ini? Aku sekadar mengingatkan diriku yang selalu alpa.

Wednesday, July 14, 2010

Kembara Raudhah 20:Apabila anak anda telah akil baligh


Antara sedar dan tidak, tiba-tiba anda terkejut apabila anak anda memberitahu anda bahawa mereka telah akil baligh. Maknanya masa begitu cepat berlalu, dulunya anak anda masih kanak-kanak tetapi kini mereka telah menjadi anak dara sunti mahupun anak teruna. Maknanya terkadang anda terlepas pandang perubahan pada diri anak anda kerana anda tidak peka atau terlalu sibuk. Sebagai ibu atau bapa terasa seronok juga sebab anak semakin menginjak dewasa, tapi takut pun ada sebab perhatian terhadap mereka mestilah lebih berat berbanding dulu. Kadang-kadang terasa mengapa terlalu cepat mereka akil baligh, tetapi itulah hakikatnya tumbesaran anak-anak zaman ini dipengaruhi juga oleh aspek pemakanan.

Anak yang akil baligh mesti diingatkan tentang banyak perkara berkaitan hukum-hakam orang yang telah akil baligh. Pergaulan mereka mesti dipantau agar sentiasa dalam syariat agama. Memang aku sedikit takut kalau-kalau tak dapat memastikan anak yang menginjak dewasa ini tumbuh menjadi generasi Rabbani. Nasib lebih baik jika anak-anak diberi pendidikan agama sedikit-sebanyak mereka pandai mengatur hidup mengikut kehendak syariat, namun ibubapa tak boleh sewenang-wenang menyerahkan tugas kepada guru-guru di sekolah semata-mata.

Apa-apapun anda tetap perlu melalui masa ini apabila masanya telah tiba. Semoga Allah membantu anda melalui detik-detik ini dengan jayanya.

Wednesday, July 7, 2010

Kembara Raudhah 19:In-house training di Pulau Payar

Indahnya pemandangan laut di Pulau Payar, Langkawi.


Di sinilah terdapatnya bbrp banglo berharga RM 1 juta sebuah, warna merah, putih dan kuning, itulah projek Gajah Putih zaman MB Kedah Syed Razak, mumbazir, lastly org bunian yg duduk kat situ. Alangkah baiknya jika banglo itu dibaik pulih dan digunakan drp dibiarkan kosong.
Lihat, begitu jernih air laut dan begitu banyak anak-anak ikan berenang di sini
Taklimat daripada pegawai Taman Laut Pulau Payar
Jeti Pulau Payar, menunggu bot untuk pulang jam 3.00 petang
Bersama rakan sejawat dan anak-anak cuba snorkeling.
Banyak sungguh anak-anak ikan pelbagai jenis termasuklah jenis ikan Yu pun ada, pantang diberi makanan, pasti banyak ikan berkerumun di situ. Subhanallah.


Baru2 ini Panitia Geografi sekolahku menganjurkan kursus dalaman berkaitan dengan pendidikan alam sekitar di Pulau Payar.Pulau Payar merupakan satu-satunya taman laut di Pantai Barat Semenanjung. Laut sekitar pulau ini merupakan lubuk ikan yang menjadi idaman para nelayan. Namun demi memelihara hidupan akuatik di sini, pewartaan taman laut telah dapat menyelamatkan hidupan terumbu karang dan ikan-ikan di sini daripada menjadi mangsa kerakusan manusia.

Ramai juga rakan sejawat yang mengikuti program ini dengan membawa ahli keluarga masing-masing kerana kos tambang lebih murah iaitu RM 90 dari Kuala Perlis ke Kuah dan ke Pulau Payar pergi dan balik. Lebih kurang 55 orang kesemua ahli rombongan kami. Kami bertolak seawal 6.00 pagi ada yang 5.30 pagi dah bertolak dan solat Subuh dalam perjalanan. Semuanya kerana mengejar trip bot pukul 7.00 pagi. Namun dalam pada itu Cg Afiza sekeluarga dan Kaunselor Rohimah terlepas bot, terpaksalah mereka membeli tiket yang baru utk ke Jeti Kuah.

Apa-apa pun utk ke sana kami perlu menaiki 3 buah bot, satu dari Kuala Perlis, then dari Jeti Kuah ke Pulau Payar then kena tukar bot di tgh laut utk naik bot kecil pulak utk ke Jeti Pulau Payar. Semuanya syarat utk menjaga hidupan laut di pulau ini. Kami sampai di Pulau Payar sekitar pukul 11.00 pagi setelah bertolak dari Kuah pukul 10.00 pagi.Padaku berbaloi aku berkorban masa dan wang ringgit sebab dapat lihat keindahan taman Laut Pulau Payar yang masih terpelihara hidupan akuatiknya. Mengembara di atas muka bumi Allah adalah sesuatu yang dituntut supaya kita boleh melihat kebesaran dan kekuasaan Allah swt yang menciptakan alam ini. Sedih juga kerana pegawai taman laut memaklumkan bahawa satu bahagian kawasan hidupan terumbu karang di pulau ini telah ditutup kerana musnah akibat permukaan laut yang panas belakangan ini(terumbu karang sensitif kepada suhu yang panas). Di pulau ini juga tiada bekalan air tawar, jadi kena bawa air mineral banyak2, sbb air paipnya ialah air masin. Lain-lain kemudahan seperti surau, chalet, pusat informasi, tapak perkhemahan, trek jungle trecking, pondok rehat, tandas dan tempat persalinan yang disediakan mencukupi dan bersih.

Kejernihan air laut dan putihnya pasir di pantai ini cukup menakjubkan. Ikan-ikan pelbagai jenis jinak berenang hingga ke gigi pantai. Subhanallah. Kalau dapat scuba diving lagi menarik, namun snorkeling pun aku tak lepas sbb tak pandai mengapung diri di atas air. Kesudahannya selesai juga satu inhouse, kami dpt kutip ilmu ttg alam sekitar di sini dgn membawa pulang kenangan dan vcd tentang taman laut utk Pusat Sumber sekolah dan Panitia Geografi. Ada masa bolehlah digunakan dalam P&P kepada pelajar2.

Letih juga kerana bangun seawal 4.30 pagi dan jam 9.00 malam baru sampai di rumah semula. Alhamdulillah semuanya selamat. Nanti ada kesempatan seronok juga jika dapat bawa anak2 ke sana melihat sendiri keindahan taman laut Pulau Payar.

Monday, June 21, 2010

Kembara Raudhah 18: Tautan Silaturrahim

Keluarga dari Parit Buntar berkunjung pada Aidilfitri 2008. Semua ada kecuali Abg Hai dan Kak Al sekeluarga yang berhari raya di Gelang Patah Johor. Kedatangan saudara semua amat dihargai dan diharapkan tautan silaturrahim terus erat walaupun arwah Acik telah tiada. Maaf kerana saya belum dapat membawa anak2 menziarahi keluarga di sana. Insyaallah akan tiba masanya kami akan ke sana pula.

Saturday, June 19, 2010

Kembara Raudhah 17:Senandung Buat Ibu Tercinta

Catatan arwah Pak yang merupakan luahan hati nya terhadap arwah ibunya, dijumpai setelah kematian pak tahun 2006. Itulah kisah kasih Pak kepada ibunya, Tok Chah.

Kembara Raudhah 16: Salam Selamat Hari Bapa



Esok Hari Bapa sedunia. Selamat Hari Bapa kepada semua Bapa2. Bapaku dah 6 tahun meninggalkan kami semua dan Bapa kepada anak2ku dan 8 tahun meninggalkan kami.Al Fatihah utk arwah berdua semoga mereka ditempatkan dlm kalangan hamba2 yang beriman.

Terkenang perihal arwah pak, pak merupakan seorang anak yang sangat taat kepada ibunya. Pak setia menjaga dan merawat arwah tok selama 40 tahun sejak pak muda remaja lagi. Selepas Pak berkahwin Pak terus menjaga tok bersama mak kerana tak lama selepas tu tok wan meninggalkan dunia yang fana ini. Pak tinggal sebatang kara kerana kakaknya arwah Mak Ngah Sara terlebih dahulu pergi dan meninggalkan seorang anak kecil iaitu Abang Ani yang terus dipelihara oleh tok dan tok wan, seterusnya pak dan mak. Abang Pak iaitu Wa Adam juga pergi lebih dulu daripada tok wan dan meninggalkan seorang balu dan empat orang anak(Bang Pa, Bang Mid, Kak Ani dan Bang Ya). Akhirnya tinggallah Pak merawati tok sehingga tok akhirya dijemput pulang oleh Rabbnya pada tahun 1990, tahun aku mula2 masuk ke UKMS.

Sakit tok tak dapat diubati walau bermacam2 bomoh, doktor, klinik dah dikunjungi. Pak masa muda mengayuh basikal ke mana saja mencari tabib untuk merawat tok. Begitulah kasihnya pak pada maknya. Tak pernah sekalipun pak merungut letih atau menjawab kata2 tok. Almaklumlah sakit tok yang tok boleh berjalan hanya mengesot kadang2 memang banyak karenahnya. Tambah2 lagi tok kerap kali sembelit. Pak tetap tega dan sabar merawat tok, malah selalu Pak dan Mak mencungkil, mengepam najis tok yang keras , ada kala tersembur najis ke muka Pak dan Mak. Tapi Pak tak pernah merungut. Sepanjang masa tok sakit, pak tak pernah meninggalkan tok lama2. Hanya setelah tok meninggal barulah pak berpeluang untuk keluar berjalan2 agak jauh ke Kuala Lumpur ke rumah Kak Wa ku yang sulong.
Anak pak ramai, kami 10 beradik. Masa tu pak hanya buat bendang. Mana nak cukup belanja termasuk rawatan tok. Tapi pak tetap menjaga tok dengan penuh kasih sayang. Pak pernah kena sakit barah perut ketika mak melahirkan Kak Noreha, badan Pak kurus kering, pak tak boleh kerja keras. Namun kasih pak pada tok tetap bersemi di hatiya. Pernah ketika aku membantu mak mencari geran tanah yang disimpan oleh Pak setelah ketiadaannya, aku terjumpa sajak karangan pak bertajuk Kasihkan Ibu. Tatkala membaca luahan hati pak terhadap maknya yang sakit hatiku bagai disayat sembilu, terasa sungguh pilu.

Setahu aku Pak memang ada jiwa seniman. Pak selalu bernasyid dan berqasidah. Daripada cerita2 orang tua2, Pak dulunya selalu main watak Puteri dlm pementasan hadrah di kampung2 ketika itu. Mungkin darah itulah yang mengalir dlm diri adikku Yusrizal. Pak juga sangat suka bercerita pasal ibadat haji. Di hujung2 hayatnya, tak ada cerita lain yang dia suka melainkan pasal pengalaman dan ilmu tentang ibadat haji. Malah ketika pembedahan dilakukan ke atas Pak, Pak masih bercerita tentang ibadat haji dan umrah.Lagipun pak baru sebulan pulang dari mengerjakan umrah, kemudian pak terus sakit yang sebenarnya dah lama pak tanggung. Ketika itu Pak dibius separuh badan, perut Pak dikeluarkan untuk diperiksa. Batu dalam hempedu pak juga telah dibuang.Namun sehari selepas pembedahan Pak akhirnya meninggal dunia kerana Pankreas pak pecah atau sebab Pancreatitis. Malah masa Pak diletakkan dlm wad ccu selepas pembedahan Pak sempat azan, pak seperti ingat2 lupa mungkin kerana kesan kuatnya morfin yag disuntik utk Pak menahan kesakitan. Cerita Pak di dalam bilik pembedahan tu kami ketahui hanya selepas Pak meninggal kira2 seminggu. Saudara Pak di stesen keretapi mendengar cerita daripada menantunya yang bertugas dalam bilik pembedahan tersebut. Menantunya tak kenal siapa pak.

Pak juga seorang tok wan yang penyayang. Walau zahirnya Pak nampak garang, namun Pak sangat suka bila cucu2nya pulang. Pak sentiasa berdoa agar dia dapat menjaga anak2ku yang kematian bapa sehingga anak2ku dewasa. Pak minta Allah panjangkan sedikit lagi umurnya supaya dia dapat membela anak2ku, namun takdir Allah telah tiba, sampai 63 tahun saja umur pak. Aku redha atas segala ketentuannya. Masihku ingat lagi Pak bersendirian, bersusah payah mengetuk dinding simen rumah Pak untuk dijadikan laluan ke rumahku yang bersambung dengan rumah pak. Ketika itu Pak memang dah sakit, perutnya membuncit keras, selalu pak rasa sakit dan sembelit. Tapi pemeriksaan doktor tak dapat kesan penyakit Pak.

Aku juga masih ingat akan kenangan zaman kami kecik2. Time hari raya dah dekat, Pak pasti akan ke Pekan Tunjang untuk membeli kasut baru. Pak tak bawa kami ke Tunjang, tapi Pak akan ukur panjang kaki kami adik-beradik menggunakan tali rafia. Waktu aku sakit gigi Pak bawa aku ke Klinik Jitra utk cabut gigi. Aku naik bas dengan Pak. Waktu balik, pak kayuh basikal tuanya, baju aku penuh dengan darah. Sampai rumah mak demah mulut aku. Waktu malam pula aku tidoq dgn Pak. Aku terjaga kerana sakit gigi, Pak kejutkan aku dan Pak turun ke bawah rumah, pak cari buah jambu air warna hijau utk aku. Apabila menjelang bulan ramadhan pula, waktu itulah kami adik beradik dapat makan gulai daging, kerana Pak pasti akan ke Tunjang mencari daging lembu buat juadah bersahur nanti. Waktu bangun sahur, Paklah yang kecoh menggerak kami utk bangun bersahur, sbb mak sibuk menyiapkan juadah bersahur. Menjelang Hari Raya puasa, Pak seperti biasa akan membeli seguni beras, kemudian disukat beras fitrah orang di bawah tanggungannya. Yang pasti Pak tak pernah lupa menyukat segantang beras utk disedekahkan bagi pihak arwah Tok Wan, dan kemudiannya menyusul pula arwah Tok. Malam hari raya pasti Pak mendesak Mak masak ketupat lebih awal supaya Pak boleh bawa juadah tersebut ke surau bagi dibuat kenduri arwah selepas bertakbir dan bertahlil. Setiap kali selepas solat pada malam raya dan selepas solat subuh pagi Hari Raya Aidilfitri dan hari2 Tasyrik pasti akan kedengaran Pak bertakbir dan bertahmid. Biasanya Pak akan segera bersolat setiap kali masuk waktu solat. Teringat aku zaman kecik2 Pak ada bela lembu dan kerbau juga. Bila tiba kenduri kahwin anaknya, lembu dan kerbau itulah yang dikorbankan. Itulah Pak sosok tubuh yang sangat aku sayangi. Kini Pak telah tiada utk aku ucapkan Selamat Hari Bapa dan Terima Kasih Pak. Hanyalah kiriman doa tulus ikhlas daripada anakmu.

Aku yakin Pak telah mendapat balasan baik daripada Allah Taala atas ketaatan Pak yang menjaga tok dengan penuh kasih sayang, Pak tak pernah menyakiti hati tok walaupun kadangkala Pak terpaksa buat keputusan yang melukakan hati mak semata2 nak menjaga hati tok. Akhirnya Pak meninggal dalam keadaan wajah Pak tersenyum manis, bercahaya dan orang yang menziarahi dan menyolatkan jenazah Pak sungguh ramai seolah2 Pak seorang yang berpengaruh, sedangkan Pak bukanlah siapa2 pun di kampung kami. Pak selalu berkain pelikat tanpa baju dengan perutnya yang membuncit dan tegang sejak Pak alami sembelit. Pak juga suka berkaki ayam ketika ke bendang. Memang tapak kaki Pak tahan lasak. Selalu juga aku nampak Pak solat Maghrib dengan tampalan kertas pada betisnya yang berdarah kerana digigit pacat atau lintah bendang.

Untuk mengikuti sikap Pak bukannnya mudah. Semoga Allah membimbing kami adik beradik menjadi anak yang soleh dan dapat menjaga kebajikan dan perasaan mak dengan penuh ketaatan. Kerana keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan ibu. Kehilangan Pak begitu dirasai oleh kami terutama mak yang melalui zaman susah dan senang bersama2 Pak. Kini Mak menanggung segala cabaran hidup tanpa pak di sisi.

Thursday, June 17, 2010

Kembara Raudhah 14; Rumah Pusaka

RUMAH PUSAKA TINGGALAN TOK WAN

Tup2 cuti sekolah lagi dua hari akan tamat. Pagi tadi adikku Norzaihan sekeluarga merupakan yang terakhir meninggalkan rumah pusaka ini. Tinggallah aku dan anak2ku, Kak Wa dan Mak menghuni rumah tinggalan arwah Tok Wan Kub. Adikku Nordin dan abang Usuf ada rumah sendiri berhampiran rumah pusaka ini.


Kemeriahan rumah pusaka ini begitu ketara sepanjang cuti sekolah apabila seminggu sebelum cuti adikku Yusrizal pulang dari Sabah selama seminggu. Kemudian Kakakku Norbaya pula pulang bercuti, diikuti adikku Norazah dan seterusnya Kak Noreha sekeluarga. Akhirnya baru adikku Norzaihan tiba. Adikku Rusli selalu juga datang berziarah ke rumah pusaka ini.


Sesekali terfikir sampai bilakah kemeriahan ini akan berterusan? Rumah pusaka nampak ceria selagi ada warga tua di dalamnya. Selalunya kemeriahan itu akan pudar apabila sudah tiada yang tua. Namun aku berharap rumah pusaka ini akan terus menyatukan kami adik-beradik dan generasi kami seterusnya selagi hayat dikandung badan.

Sunday, June 13, 2010

Kembara Raudhah 13: Apabila Kematian Datang Menjemput


Bila Izrael datang menjemput, terkujur badan di pembaringan, selimut putih membalut badan. Tinggallah harta, tinggal saudara, tinggal semua. Hanyalah amal kita di dunia dibawa pergi. Datanglah Mungkar dan Nangkir menyoal kita, Siapa Rabb kamu? Siapa Imam Kamu? Siapa Nabimu? Mana Kiblat Kamu? Apa Kitab Kamu? Allahhu Rabbuna, Allahhu Rabbuna, AlQuran Wa Imamuna............................ dan seterusnya jawapan kita Insyaallah. Bukannya aah....aah aku tidak tahuuuuu, aku tidak tahuuuuuu. Nauuzubillahiminzalikk.


Baru-baru ini penduduk Kg digemparkan dengan kematian seorang tua yang disedari mungkin sehari dua yg lalu telah meninggal dunia seorang diri. Mayatnya hampir membengkak. Petang Khamis lalu adikku terserempak dgnnya di Pekan Tunjang. Selalunya dia ke Pekan Tunjang mencari makanan dengan motornya setelah lama kematian isterinya. Petang Sabtu lalu cucunya dtg utk menziarahinya seperti selalu setelah panggilan telefonnya tak berjawab, rumah pula berkunci dari dalam. Jadi mereka pecahkan pintu setelah panggilan tidak dijawab. Tiba2 Innalillahiwainnailaihirajiuun, datuknya telah meninggal dunia seorang diri di atas katil dalam biliknya. Khabarnya dia tidak brp sihat sebelum ini, anaknya nak bawa ke rumah mereka, tp dia tak mahu. Jadi anaknya pesan supaya pengusaha kedai makan hantar makanan kepada ayahnya. Malangnya Jumaat dan Sabtu dia tak hantar sebab pintu berkunci. Fikirnya tentu dia ikut anaknya pulang. Rupa-rupanya tidak.


Kematian adalah pasti. Bila, di mana, bagaimana caranya kita tidak tahu. Arwah bapaku meninggal ketentuannya semua anak-anaknya pulang bercuti. Anak banyak belum tentu semua akan dapat menjaga kita sehingga akhir hayat kita. Yang hidup perlu muhasabah diri, hal ini salah siapa? Yang pasti ketentuan Allah sudah pasti. Semoga Allah mengampunkan segala dosa2nya dan ditempatkan bersama hamba2nya yang beriman. Kita pula bagaimana? Belum pasti, namun doa kita biar mati dlm husnul khatimah. Insyaallah. Walluhua'lam

Friday, June 11, 2010

Kembara Raudhah 12: Wanita yang paling bahagia di dunia

Buku tulisan Dr. 'Aidh al-Qarni berjudul Wanita Yang Paling Bahagia Di Dunia belum selesai ku baca, namun aku bagi 5***** per 5***** sarat dengan nasihat dan motivasi kepada para muslimah. Buku ini aku beli sebagai kenangan di Dar Al-Zaman Book Shop berhampiran Masjid Nabawi.

Setiap apa yang Allah tentukan kepada kita hendaklah diterima dengan penuh redha. Allah membuka peluang kepada kita untuk merintih jalan ke syurga seandainya amanah besar ini dapat kita tunaikan dengan mengikut jalan yang benar. Bertaubatlah segera andai kita ada melakukan kesilapan sepanjang kita menunaikan amanah ini. Insyaallah Allah akan membantu kita sekiranya kita selalu memohon bantuan Allah untuk sentiasa berzikir kepadaNya, bersyukur kepadaNya dan bersabar melakukan ketaatan kepadaNya dengan sempurna.

Aku pernah tertarik dengan nama Ummu Hani ketika membaca buku berjudul 90 wanita pilihan.Waktu itu aku sarat mengandung anak yang bongsu. Malah nama anakku juga kucadangkan kepada arwah suami hasil inspirasi nama Ummu Hani. Rupa2nya ketetapan Allah buatku adalah begitu. Sungguh Allah Maha Berkuasa.

Beliau ialah sepupu nabi S.A.W. Beliau menolak lamaran nabi kerana takut tidak dapat menunaikan tanggungjawab isteri dengan sempurna memandangkan beliau mempunyai anak2 kecil yang perlu diberi perhatian, yakni beliau begitu mengasihi anak2nya. Nabi bersabda seorang wanita yang mengasihi anak-anak yatim dan sanggup membelakangkan kepentingan dirinya, di syurga nanti akan berada dekat dengannya umpama rapatnya kedudukan jari-jari tangan kita.

Justeru jgnlah bersedih dengan kekurangan kita kerana Allah telah memilih kita untuk mencetak generasi Rabbani insyaallah dengan bantuan Rabb Yang Maha Mengasihani dan Maha Mengetahui. Arwah pernah cuba menulis di akhir2 hayatnya kerana katanya tulisan yang bermanfaat yang kita wariskan juga merupakan jariah. Aku tak pandai menulis, tetapi ingin kongsikan ilmu yang bermanfaat yang aku dapat daripada pembacaanku buat semua yang berminat. Andainya aku pergi dulu, anak2ku dapat membaca ilmu yang cuba aku panjangkan ini dan tulisan di alam maya ini sukar utk hilang. Anak2 juga boleh menyambung tulisan ini insyaallah.

Sunday, June 6, 2010

Kembara Raudhah 11: Kem Motivasi

Musim cuti dipenuhi dengan pelbagai iklan program motivasi dan kem motivasi untuk anak-anak. Para waris yang bekerja tentu sekali memikirkan banyak perkara jika anak dibiarkan tinggal di rumah bersendirian sementara menunggu ibubapa pulang dari bekerja. Bagi yang darjah enam, tingkatan 3 dan 5 pastinya masa cuti penuh dengan tuisyen swasta mahupun yang dianjur oleh pihak sekolah. Tapi kalau tuisyen sampai tak ada masa balik kampung jenguk datuk dan nenek serta sedara di kg. tentu mendtgkan masalah juga kpd ibubapa. Eloklah seminggu saja tuisyen, seminggu masa utk mengeratkan hubungan silaturrahim. Dulu masa cuti sekolah selalu aku pergi bermalam di rumah bapa sdra, ibu sdra, tidur bawah ketiak tok, main pondok2 bersama2 para sepupu, sbb tu hubungan kami rapat. Hal sebaliknya berlaku pada anak2ku, mereka jauh dari keluarga sebelah arwah abah mereka kerana aku tak boleh bawa mereka bercuti ke Pt. Buntar, sesekali bapa saudara dan ibu saudara mrk dtg berziarah tapi mrk spt janggal utk lebih mesra krn jrg2 berjumpa. Insyaallah aku kena usahakan sst utk kembali mrptkan hubungan antara anak2ku dgn keluarga sebelah arwah abah mrk.


Oleh krn aku tak dpt kemana2, jadi untuk mengelakkan masa anak terbuang tanpa aktiviti yang berfaedah maka aku pejamkan mata hantar anak-anak mengikuti kem-kem motivasi anjuran konsultan motivasi mahupun NGO tertentu. Ada bayarannya mencecah ratusan ringgit. Pening memikirkan belanjanya namun pening lagi memikirkan anak-anak bersendirian khususnya bg ibubapa yg tak dpt bercuti bsm2 anak2 di rumah. Almaklumlah cuti sekolah 2 minggu, panjang tu. Larat manalah ibu bapa nak pastikan anak2 mengikuti jadual yang ditetapkan sendiri tanpa ada sebarang pemantauan. Inilah harga yang perlu dibayar oleh ibubapa yang bekerja. Nak di post lama2 di kampung pun, datuk dan nenek bukannya kuat lagi kudratnya.


Aku pun apa kurangnya, hantar juga anak2 ke kem Motivasi. Pejam mata hantar Ammar ke MAP Training pada 29-30 Mei. Hantar Muaz ke Kelantan 3-5 Jun. Hantar Hani n Aishah ke TAMU Perlis 4-7 Jun 2010. Mudah-mudahan ada kebaikan untuk mereka. Bukan sedikit belanja yang perlu tapi demi anak2 ibubapa tetapkan melunasinya. Ketika mengikuti tip keibubapaan yang disampaikan oleh Dr. Tg Asmadi Tg Mohammad, banyak ilmu yang aku pelajari, sesetengahnya sudah diketahui tetapi ibubapa perlu juga dimotivasi dan diingatkan semula tentang gaya keibubapaan yang betul agar anak2 dapat dididik dengan cara yang betul. Mungkinkah kita pernah menjadi ibubapa yang derhaka kepada anak2nya? Semoga kita menjadi ibubapa yang sentiasa bertaubat kepada Rabbnya atas kekhilafan yang berlaku asbab kita hamba yang lemah.

Bagi cikgu-cikgu inilah masa untuk berehat, tetapi tetap perlu mengadakan kelas tambahan masa cuti, periksa kertas jawapan murid cos buka sekolah nanti perlu segera kick-in markah. 10.6.2010 periksa PTK pula, hari-hari kenduri kahwin, kenduri berkhatan dan macam2 lagi aktiviti kemasyarakatan yang mesti diikuti. Pandai-pandailah susun rancangan masing-masing agar masa cuti dilalui dengan penuh berkualiti.

Saturday, June 5, 2010

Kembara Raudhah 10:Hantaran Perkahwinan 2010

Satu lagi gubahan hantaran oleh mak telahpun diambil oleh pelanggan mak dr Changlun
Gubahan hantaran ditempah oleh Kak Zarina dah siap digubah, sedang menunggu untuk dibawa pulang.

Sejambak bunga ros, segugus belimbing buluh dan sekudup agar2 gulung

Jambangan bunga ros


Semayang bunga rampai kasih


Pandangan hadapan mayang bunga rampai kasih



Sejambak bunga ros dan segugus belimbing buluh



Agar-agar gulung tradisional yang dibuat dan disusun oleh mak. Nasib baik hari ini agak panas bolehlah mak jemur agar2 tu sebelum dipotong dan digubah. Sepatutnya tempahan dibuat lebih awal barulah agar2 dapat dijemur lebih lama utk memastikan agar2 tahan lebih lama. Harganya RM 50. Walaupun tidak serumit halwa betik tapi prosesnya agar sukar, mesti sukatan dan cara memasaknya betul dan cepat diloyang sebelum digulung. Kalau tidak agar2 gulung kurang berkualiti.

Satu lagi gubahan halwa betik mak. Harganya RM 60. Berupa jambangan bunga ros digabung dengan bunga tulip dan bunga nyior serta halwa belimbing buluh.

Resipi agar2 gulung makku yang diubahsuai gaya penataannya oleh adikku Nordin. Ini percubaan pertama adikku. Dia berbakat tetapi kurang kesungguhan untuk menjadikannya sebagai pekerjaan sampingan. Harganya RM 50.



Halwa betiiku makku yang digabungkan bersama halwa belimbing buluh. Mak hadiahkannya kepada anak saudara sepupuku Khairani Mustaffa sempena majlis perkahwinannya pada hari ini 6.6.2010.


Halwa betik bersama halwa belimbing buluh. Rasanya manis sebab dah jadi halwa. Halwa mak tiga warna tanpa pewarna tiruan, semuanya warna asli buah betik. Bukan senang nak dapat buah betik pelbagai warna dengan isi yang tebal. Aku terpaksa bawa mak beli betik di rumah orang, sebab betik yang kami tanam tak pernah menjadi mungkin tanah tak sesuai.

Halwa betik mak yang telah ditempah oleh pelanggan makku. Semua hantaran di atas berharga RM 60. Harga ini adalah berpatutan dengan harga kemahiran seni ukiran tangan dan proses menghalwakan buah-buahan tempatan yang telah diusahakan emakku sejak 40 tahun yang lalu. Nak tau, cap ibu jari tangan kanan makku dah tak dapat dikesan oleh mesin pengimbas cap ibu jari. Hal ini kusedari ketika mak ke kaunter pengeluaran tabung haji sebulan yang lalu. Nasib baik cap ibu jari kiri masih boleh dikesan. Hal ini berlaku mungkin kerana terlalu lama mak mengukir buah betik yang mengandungi getah yang agak tajam sehingga menghauskan urat-urat cap ibu jari tangan kanan mak. Apa macam, cantik tak? . Nanti ada lagi gubahan corak baru aku akan paparkan di ruang ini. Jika berminat sila hubungi 04-9291437 (Mak Lang Jah Pak Lang Din).