Monday, June 21, 2010

Kembara Raudhah 18: Tautan Silaturrahim

Keluarga dari Parit Buntar berkunjung pada Aidilfitri 2008. Semua ada kecuali Abg Hai dan Kak Al sekeluarga yang berhari raya di Gelang Patah Johor. Kedatangan saudara semua amat dihargai dan diharapkan tautan silaturrahim terus erat walaupun arwah Acik telah tiada. Maaf kerana saya belum dapat membawa anak2 menziarahi keluarga di sana. Insyaallah akan tiba masanya kami akan ke sana pula.

Saturday, June 19, 2010

Kembara Raudhah 17:Senandung Buat Ibu Tercinta

Catatan arwah Pak yang merupakan luahan hati nya terhadap arwah ibunya, dijumpai setelah kematian pak tahun 2006. Itulah kisah kasih Pak kepada ibunya, Tok Chah.

Kembara Raudhah 16: Salam Selamat Hari Bapa



Esok Hari Bapa sedunia. Selamat Hari Bapa kepada semua Bapa2. Bapaku dah 6 tahun meninggalkan kami semua dan Bapa kepada anak2ku dan 8 tahun meninggalkan kami.Al Fatihah utk arwah berdua semoga mereka ditempatkan dlm kalangan hamba2 yang beriman.

Terkenang perihal arwah pak, pak merupakan seorang anak yang sangat taat kepada ibunya. Pak setia menjaga dan merawat arwah tok selama 40 tahun sejak pak muda remaja lagi. Selepas Pak berkahwin Pak terus menjaga tok bersama mak kerana tak lama selepas tu tok wan meninggalkan dunia yang fana ini. Pak tinggal sebatang kara kerana kakaknya arwah Mak Ngah Sara terlebih dahulu pergi dan meninggalkan seorang anak kecil iaitu Abang Ani yang terus dipelihara oleh tok dan tok wan, seterusnya pak dan mak. Abang Pak iaitu Wa Adam juga pergi lebih dulu daripada tok wan dan meninggalkan seorang balu dan empat orang anak(Bang Pa, Bang Mid, Kak Ani dan Bang Ya). Akhirnya tinggallah Pak merawati tok sehingga tok akhirya dijemput pulang oleh Rabbnya pada tahun 1990, tahun aku mula2 masuk ke UKMS.

Sakit tok tak dapat diubati walau bermacam2 bomoh, doktor, klinik dah dikunjungi. Pak masa muda mengayuh basikal ke mana saja mencari tabib untuk merawat tok. Begitulah kasihnya pak pada maknya. Tak pernah sekalipun pak merungut letih atau menjawab kata2 tok. Almaklumlah sakit tok yang tok boleh berjalan hanya mengesot kadang2 memang banyak karenahnya. Tambah2 lagi tok kerap kali sembelit. Pak tetap tega dan sabar merawat tok, malah selalu Pak dan Mak mencungkil, mengepam najis tok yang keras , ada kala tersembur najis ke muka Pak dan Mak. Tapi Pak tak pernah merungut. Sepanjang masa tok sakit, pak tak pernah meninggalkan tok lama2. Hanya setelah tok meninggal barulah pak berpeluang untuk keluar berjalan2 agak jauh ke Kuala Lumpur ke rumah Kak Wa ku yang sulong.
Anak pak ramai, kami 10 beradik. Masa tu pak hanya buat bendang. Mana nak cukup belanja termasuk rawatan tok. Tapi pak tetap menjaga tok dengan penuh kasih sayang. Pak pernah kena sakit barah perut ketika mak melahirkan Kak Noreha, badan Pak kurus kering, pak tak boleh kerja keras. Namun kasih pak pada tok tetap bersemi di hatiya. Pernah ketika aku membantu mak mencari geran tanah yang disimpan oleh Pak setelah ketiadaannya, aku terjumpa sajak karangan pak bertajuk Kasihkan Ibu. Tatkala membaca luahan hati pak terhadap maknya yang sakit hatiku bagai disayat sembilu, terasa sungguh pilu.

Setahu aku Pak memang ada jiwa seniman. Pak selalu bernasyid dan berqasidah. Daripada cerita2 orang tua2, Pak dulunya selalu main watak Puteri dlm pementasan hadrah di kampung2 ketika itu. Mungkin darah itulah yang mengalir dlm diri adikku Yusrizal. Pak juga sangat suka bercerita pasal ibadat haji. Di hujung2 hayatnya, tak ada cerita lain yang dia suka melainkan pasal pengalaman dan ilmu tentang ibadat haji. Malah ketika pembedahan dilakukan ke atas Pak, Pak masih bercerita tentang ibadat haji dan umrah.Lagipun pak baru sebulan pulang dari mengerjakan umrah, kemudian pak terus sakit yang sebenarnya dah lama pak tanggung. Ketika itu Pak dibius separuh badan, perut Pak dikeluarkan untuk diperiksa. Batu dalam hempedu pak juga telah dibuang.Namun sehari selepas pembedahan Pak akhirnya meninggal dunia kerana Pankreas pak pecah atau sebab Pancreatitis. Malah masa Pak diletakkan dlm wad ccu selepas pembedahan Pak sempat azan, pak seperti ingat2 lupa mungkin kerana kesan kuatnya morfin yag disuntik utk Pak menahan kesakitan. Cerita Pak di dalam bilik pembedahan tu kami ketahui hanya selepas Pak meninggal kira2 seminggu. Saudara Pak di stesen keretapi mendengar cerita daripada menantunya yang bertugas dalam bilik pembedahan tersebut. Menantunya tak kenal siapa pak.

Pak juga seorang tok wan yang penyayang. Walau zahirnya Pak nampak garang, namun Pak sangat suka bila cucu2nya pulang. Pak sentiasa berdoa agar dia dapat menjaga anak2ku yang kematian bapa sehingga anak2ku dewasa. Pak minta Allah panjangkan sedikit lagi umurnya supaya dia dapat membela anak2ku, namun takdir Allah telah tiba, sampai 63 tahun saja umur pak. Aku redha atas segala ketentuannya. Masihku ingat lagi Pak bersendirian, bersusah payah mengetuk dinding simen rumah Pak untuk dijadikan laluan ke rumahku yang bersambung dengan rumah pak. Ketika itu Pak memang dah sakit, perutnya membuncit keras, selalu pak rasa sakit dan sembelit. Tapi pemeriksaan doktor tak dapat kesan penyakit Pak.

Aku juga masih ingat akan kenangan zaman kami kecik2. Time hari raya dah dekat, Pak pasti akan ke Pekan Tunjang untuk membeli kasut baru. Pak tak bawa kami ke Tunjang, tapi Pak akan ukur panjang kaki kami adik-beradik menggunakan tali rafia. Waktu aku sakit gigi Pak bawa aku ke Klinik Jitra utk cabut gigi. Aku naik bas dengan Pak. Waktu balik, pak kayuh basikal tuanya, baju aku penuh dengan darah. Sampai rumah mak demah mulut aku. Waktu malam pula aku tidoq dgn Pak. Aku terjaga kerana sakit gigi, Pak kejutkan aku dan Pak turun ke bawah rumah, pak cari buah jambu air warna hijau utk aku. Apabila menjelang bulan ramadhan pula, waktu itulah kami adik beradik dapat makan gulai daging, kerana Pak pasti akan ke Tunjang mencari daging lembu buat juadah bersahur nanti. Waktu bangun sahur, Paklah yang kecoh menggerak kami utk bangun bersahur, sbb mak sibuk menyiapkan juadah bersahur. Menjelang Hari Raya puasa, Pak seperti biasa akan membeli seguni beras, kemudian disukat beras fitrah orang di bawah tanggungannya. Yang pasti Pak tak pernah lupa menyukat segantang beras utk disedekahkan bagi pihak arwah Tok Wan, dan kemudiannya menyusul pula arwah Tok. Malam hari raya pasti Pak mendesak Mak masak ketupat lebih awal supaya Pak boleh bawa juadah tersebut ke surau bagi dibuat kenduri arwah selepas bertakbir dan bertahlil. Setiap kali selepas solat pada malam raya dan selepas solat subuh pagi Hari Raya Aidilfitri dan hari2 Tasyrik pasti akan kedengaran Pak bertakbir dan bertahmid. Biasanya Pak akan segera bersolat setiap kali masuk waktu solat. Teringat aku zaman kecik2 Pak ada bela lembu dan kerbau juga. Bila tiba kenduri kahwin anaknya, lembu dan kerbau itulah yang dikorbankan. Itulah Pak sosok tubuh yang sangat aku sayangi. Kini Pak telah tiada utk aku ucapkan Selamat Hari Bapa dan Terima Kasih Pak. Hanyalah kiriman doa tulus ikhlas daripada anakmu.

Aku yakin Pak telah mendapat balasan baik daripada Allah Taala atas ketaatan Pak yang menjaga tok dengan penuh kasih sayang, Pak tak pernah menyakiti hati tok walaupun kadangkala Pak terpaksa buat keputusan yang melukakan hati mak semata2 nak menjaga hati tok. Akhirnya Pak meninggal dalam keadaan wajah Pak tersenyum manis, bercahaya dan orang yang menziarahi dan menyolatkan jenazah Pak sungguh ramai seolah2 Pak seorang yang berpengaruh, sedangkan Pak bukanlah siapa2 pun di kampung kami. Pak selalu berkain pelikat tanpa baju dengan perutnya yang membuncit dan tegang sejak Pak alami sembelit. Pak juga suka berkaki ayam ketika ke bendang. Memang tapak kaki Pak tahan lasak. Selalu juga aku nampak Pak solat Maghrib dengan tampalan kertas pada betisnya yang berdarah kerana digigit pacat atau lintah bendang.

Untuk mengikuti sikap Pak bukannnya mudah. Semoga Allah membimbing kami adik beradik menjadi anak yang soleh dan dapat menjaga kebajikan dan perasaan mak dengan penuh ketaatan. Kerana keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan ibu. Kehilangan Pak begitu dirasai oleh kami terutama mak yang melalui zaman susah dan senang bersama2 Pak. Kini Mak menanggung segala cabaran hidup tanpa pak di sisi.

Thursday, June 17, 2010

Kembara Raudhah 14; Rumah Pusaka

RUMAH PUSAKA TINGGALAN TOK WAN

Tup2 cuti sekolah lagi dua hari akan tamat. Pagi tadi adikku Norzaihan sekeluarga merupakan yang terakhir meninggalkan rumah pusaka ini. Tinggallah aku dan anak2ku, Kak Wa dan Mak menghuni rumah tinggalan arwah Tok Wan Kub. Adikku Nordin dan abang Usuf ada rumah sendiri berhampiran rumah pusaka ini.


Kemeriahan rumah pusaka ini begitu ketara sepanjang cuti sekolah apabila seminggu sebelum cuti adikku Yusrizal pulang dari Sabah selama seminggu. Kemudian Kakakku Norbaya pula pulang bercuti, diikuti adikku Norazah dan seterusnya Kak Noreha sekeluarga. Akhirnya baru adikku Norzaihan tiba. Adikku Rusli selalu juga datang berziarah ke rumah pusaka ini.


Sesekali terfikir sampai bilakah kemeriahan ini akan berterusan? Rumah pusaka nampak ceria selagi ada warga tua di dalamnya. Selalunya kemeriahan itu akan pudar apabila sudah tiada yang tua. Namun aku berharap rumah pusaka ini akan terus menyatukan kami adik-beradik dan generasi kami seterusnya selagi hayat dikandung badan.

Sunday, June 13, 2010

Kembara Raudhah 13: Apabila Kematian Datang Menjemput


Bila Izrael datang menjemput, terkujur badan di pembaringan, selimut putih membalut badan. Tinggallah harta, tinggal saudara, tinggal semua. Hanyalah amal kita di dunia dibawa pergi. Datanglah Mungkar dan Nangkir menyoal kita, Siapa Rabb kamu? Siapa Imam Kamu? Siapa Nabimu? Mana Kiblat Kamu? Apa Kitab Kamu? Allahhu Rabbuna, Allahhu Rabbuna, AlQuran Wa Imamuna............................ dan seterusnya jawapan kita Insyaallah. Bukannya aah....aah aku tidak tahuuuuu, aku tidak tahuuuuuu. Nauuzubillahiminzalikk.


Baru-baru ini penduduk Kg digemparkan dengan kematian seorang tua yang disedari mungkin sehari dua yg lalu telah meninggal dunia seorang diri. Mayatnya hampir membengkak. Petang Khamis lalu adikku terserempak dgnnya di Pekan Tunjang. Selalunya dia ke Pekan Tunjang mencari makanan dengan motornya setelah lama kematian isterinya. Petang Sabtu lalu cucunya dtg utk menziarahinya seperti selalu setelah panggilan telefonnya tak berjawab, rumah pula berkunci dari dalam. Jadi mereka pecahkan pintu setelah panggilan tidak dijawab. Tiba2 Innalillahiwainnailaihirajiuun, datuknya telah meninggal dunia seorang diri di atas katil dalam biliknya. Khabarnya dia tidak brp sihat sebelum ini, anaknya nak bawa ke rumah mereka, tp dia tak mahu. Jadi anaknya pesan supaya pengusaha kedai makan hantar makanan kepada ayahnya. Malangnya Jumaat dan Sabtu dia tak hantar sebab pintu berkunci. Fikirnya tentu dia ikut anaknya pulang. Rupa-rupanya tidak.


Kematian adalah pasti. Bila, di mana, bagaimana caranya kita tidak tahu. Arwah bapaku meninggal ketentuannya semua anak-anaknya pulang bercuti. Anak banyak belum tentu semua akan dapat menjaga kita sehingga akhir hayat kita. Yang hidup perlu muhasabah diri, hal ini salah siapa? Yang pasti ketentuan Allah sudah pasti. Semoga Allah mengampunkan segala dosa2nya dan ditempatkan bersama hamba2nya yang beriman. Kita pula bagaimana? Belum pasti, namun doa kita biar mati dlm husnul khatimah. Insyaallah. Walluhua'lam

Friday, June 11, 2010

Kembara Raudhah 12: Wanita yang paling bahagia di dunia

Buku tulisan Dr. 'Aidh al-Qarni berjudul Wanita Yang Paling Bahagia Di Dunia belum selesai ku baca, namun aku bagi 5***** per 5***** sarat dengan nasihat dan motivasi kepada para muslimah. Buku ini aku beli sebagai kenangan di Dar Al-Zaman Book Shop berhampiran Masjid Nabawi.

Setiap apa yang Allah tentukan kepada kita hendaklah diterima dengan penuh redha. Allah membuka peluang kepada kita untuk merintih jalan ke syurga seandainya amanah besar ini dapat kita tunaikan dengan mengikut jalan yang benar. Bertaubatlah segera andai kita ada melakukan kesilapan sepanjang kita menunaikan amanah ini. Insyaallah Allah akan membantu kita sekiranya kita selalu memohon bantuan Allah untuk sentiasa berzikir kepadaNya, bersyukur kepadaNya dan bersabar melakukan ketaatan kepadaNya dengan sempurna.

Aku pernah tertarik dengan nama Ummu Hani ketika membaca buku berjudul 90 wanita pilihan.Waktu itu aku sarat mengandung anak yang bongsu. Malah nama anakku juga kucadangkan kepada arwah suami hasil inspirasi nama Ummu Hani. Rupa2nya ketetapan Allah buatku adalah begitu. Sungguh Allah Maha Berkuasa.

Beliau ialah sepupu nabi S.A.W. Beliau menolak lamaran nabi kerana takut tidak dapat menunaikan tanggungjawab isteri dengan sempurna memandangkan beliau mempunyai anak2 kecil yang perlu diberi perhatian, yakni beliau begitu mengasihi anak2nya. Nabi bersabda seorang wanita yang mengasihi anak-anak yatim dan sanggup membelakangkan kepentingan dirinya, di syurga nanti akan berada dekat dengannya umpama rapatnya kedudukan jari-jari tangan kita.

Justeru jgnlah bersedih dengan kekurangan kita kerana Allah telah memilih kita untuk mencetak generasi Rabbani insyaallah dengan bantuan Rabb Yang Maha Mengasihani dan Maha Mengetahui. Arwah pernah cuba menulis di akhir2 hayatnya kerana katanya tulisan yang bermanfaat yang kita wariskan juga merupakan jariah. Aku tak pandai menulis, tetapi ingin kongsikan ilmu yang bermanfaat yang aku dapat daripada pembacaanku buat semua yang berminat. Andainya aku pergi dulu, anak2ku dapat membaca ilmu yang cuba aku panjangkan ini dan tulisan di alam maya ini sukar utk hilang. Anak2 juga boleh menyambung tulisan ini insyaallah.

Sunday, June 6, 2010

Kembara Raudhah 11: Kem Motivasi

Musim cuti dipenuhi dengan pelbagai iklan program motivasi dan kem motivasi untuk anak-anak. Para waris yang bekerja tentu sekali memikirkan banyak perkara jika anak dibiarkan tinggal di rumah bersendirian sementara menunggu ibubapa pulang dari bekerja. Bagi yang darjah enam, tingkatan 3 dan 5 pastinya masa cuti penuh dengan tuisyen swasta mahupun yang dianjur oleh pihak sekolah. Tapi kalau tuisyen sampai tak ada masa balik kampung jenguk datuk dan nenek serta sedara di kg. tentu mendtgkan masalah juga kpd ibubapa. Eloklah seminggu saja tuisyen, seminggu masa utk mengeratkan hubungan silaturrahim. Dulu masa cuti sekolah selalu aku pergi bermalam di rumah bapa sdra, ibu sdra, tidur bawah ketiak tok, main pondok2 bersama2 para sepupu, sbb tu hubungan kami rapat. Hal sebaliknya berlaku pada anak2ku, mereka jauh dari keluarga sebelah arwah abah mereka kerana aku tak boleh bawa mereka bercuti ke Pt. Buntar, sesekali bapa saudara dan ibu saudara mrk dtg berziarah tapi mrk spt janggal utk lebih mesra krn jrg2 berjumpa. Insyaallah aku kena usahakan sst utk kembali mrptkan hubungan antara anak2ku dgn keluarga sebelah arwah abah mrk.


Oleh krn aku tak dpt kemana2, jadi untuk mengelakkan masa anak terbuang tanpa aktiviti yang berfaedah maka aku pejamkan mata hantar anak-anak mengikuti kem-kem motivasi anjuran konsultan motivasi mahupun NGO tertentu. Ada bayarannya mencecah ratusan ringgit. Pening memikirkan belanjanya namun pening lagi memikirkan anak-anak bersendirian khususnya bg ibubapa yg tak dpt bercuti bsm2 anak2 di rumah. Almaklumlah cuti sekolah 2 minggu, panjang tu. Larat manalah ibu bapa nak pastikan anak2 mengikuti jadual yang ditetapkan sendiri tanpa ada sebarang pemantauan. Inilah harga yang perlu dibayar oleh ibubapa yang bekerja. Nak di post lama2 di kampung pun, datuk dan nenek bukannya kuat lagi kudratnya.


Aku pun apa kurangnya, hantar juga anak2 ke kem Motivasi. Pejam mata hantar Ammar ke MAP Training pada 29-30 Mei. Hantar Muaz ke Kelantan 3-5 Jun. Hantar Hani n Aishah ke TAMU Perlis 4-7 Jun 2010. Mudah-mudahan ada kebaikan untuk mereka. Bukan sedikit belanja yang perlu tapi demi anak2 ibubapa tetapkan melunasinya. Ketika mengikuti tip keibubapaan yang disampaikan oleh Dr. Tg Asmadi Tg Mohammad, banyak ilmu yang aku pelajari, sesetengahnya sudah diketahui tetapi ibubapa perlu juga dimotivasi dan diingatkan semula tentang gaya keibubapaan yang betul agar anak2 dapat dididik dengan cara yang betul. Mungkinkah kita pernah menjadi ibubapa yang derhaka kepada anak2nya? Semoga kita menjadi ibubapa yang sentiasa bertaubat kepada Rabbnya atas kekhilafan yang berlaku asbab kita hamba yang lemah.

Bagi cikgu-cikgu inilah masa untuk berehat, tetapi tetap perlu mengadakan kelas tambahan masa cuti, periksa kertas jawapan murid cos buka sekolah nanti perlu segera kick-in markah. 10.6.2010 periksa PTK pula, hari-hari kenduri kahwin, kenduri berkhatan dan macam2 lagi aktiviti kemasyarakatan yang mesti diikuti. Pandai-pandailah susun rancangan masing-masing agar masa cuti dilalui dengan penuh berkualiti.

Saturday, June 5, 2010

Kembara Raudhah 10:Hantaran Perkahwinan 2010

Satu lagi gubahan hantaran oleh mak telahpun diambil oleh pelanggan mak dr Changlun
Gubahan hantaran ditempah oleh Kak Zarina dah siap digubah, sedang menunggu untuk dibawa pulang.

Sejambak bunga ros, segugus belimbing buluh dan sekudup agar2 gulung

Jambangan bunga ros


Semayang bunga rampai kasih


Pandangan hadapan mayang bunga rampai kasih



Sejambak bunga ros dan segugus belimbing buluh



Agar-agar gulung tradisional yang dibuat dan disusun oleh mak. Nasib baik hari ini agak panas bolehlah mak jemur agar2 tu sebelum dipotong dan digubah. Sepatutnya tempahan dibuat lebih awal barulah agar2 dapat dijemur lebih lama utk memastikan agar2 tahan lebih lama. Harganya RM 50. Walaupun tidak serumit halwa betik tapi prosesnya agar sukar, mesti sukatan dan cara memasaknya betul dan cepat diloyang sebelum digulung. Kalau tidak agar2 gulung kurang berkualiti.

Satu lagi gubahan halwa betik mak. Harganya RM 60. Berupa jambangan bunga ros digabung dengan bunga tulip dan bunga nyior serta halwa belimbing buluh.

Resipi agar2 gulung makku yang diubahsuai gaya penataannya oleh adikku Nordin. Ini percubaan pertama adikku. Dia berbakat tetapi kurang kesungguhan untuk menjadikannya sebagai pekerjaan sampingan. Harganya RM 50.



Halwa betiiku makku yang digabungkan bersama halwa belimbing buluh. Mak hadiahkannya kepada anak saudara sepupuku Khairani Mustaffa sempena majlis perkahwinannya pada hari ini 6.6.2010.


Halwa betik bersama halwa belimbing buluh. Rasanya manis sebab dah jadi halwa. Halwa mak tiga warna tanpa pewarna tiruan, semuanya warna asli buah betik. Bukan senang nak dapat buah betik pelbagai warna dengan isi yang tebal. Aku terpaksa bawa mak beli betik di rumah orang, sebab betik yang kami tanam tak pernah menjadi mungkin tanah tak sesuai.

Halwa betik mak yang telah ditempah oleh pelanggan makku. Semua hantaran di atas berharga RM 60. Harga ini adalah berpatutan dengan harga kemahiran seni ukiran tangan dan proses menghalwakan buah-buahan tempatan yang telah diusahakan emakku sejak 40 tahun yang lalu. Nak tau, cap ibu jari tangan kanan makku dah tak dapat dikesan oleh mesin pengimbas cap ibu jari. Hal ini kusedari ketika mak ke kaunter pengeluaran tabung haji sebulan yang lalu. Nasib baik cap ibu jari kiri masih boleh dikesan. Hal ini berlaku mungkin kerana terlalu lama mak mengukir buah betik yang mengandungi getah yang agak tajam sehingga menghauskan urat-urat cap ibu jari tangan kanan mak. Apa macam, cantik tak? . Nanti ada lagi gubahan corak baru aku akan paparkan di ruang ini. Jika berminat sila hubungi 04-9291437 (Mak Lang Jah Pak Lang Din).





























Kembara Raudhah 9: Salam Musim Kenduri Kahwin

Tahniah kepada semua pengantin baru dan ibu bapa pengantin. Hari ini 6.6.2010 terlalu banyak jemputan kenduri kahwin. Satu pun aku tak dapat hadir kerana demam selsema. Namun kenduri rumah sepupuku Bang Pa Kak Um kenalah pergi walaupun hidung masih gatal dan berair, asyik2 bersin saja cos ini majlis kenduri kahwin yang terakhir. Tadi aku dapat mesej dpd ateh bhw mak mertuaku di Pt Buntar jemput kami sekeluarga ke majlis kenduri anaknya PakTam pada 3 Julai nanti. Dan tak disangka2 Kak Bi Abg Desa pengasuh Ammar dan Muaz dulu call aku setelah 6 tahun terputus hubungan dia jemput aku ke majlis kenduri anaknya Sazila, dulu aku mengajar di SMK Seri Perak dia baru tingkatan 1. Katanya dapat no telku dpd Cg Faizal Ahmad kawan baik arwah yang juga dah lama terputus hubungan. Aku dah lama tak ke Parit Buntar, memang teringat sangat nak menziarahi sdra arwah di sana namun apakan daya aku tak berani drive sendiri. Nak mengajak adik2 semuanya ada urusan peribadi, urusan kerja dan sebagainya. So entah bila aku boleh ke sana.

Dalam pada itu makku pula tak menang tangan nak siapkan tempahan hantaran halwa betik, halwa belimbing buluh dan agar2 gulung untuk majlis perkahwinan. Almaklum badan dah tua dengan sakit kencing manis mak selalu keletihan. Disebabkan kerja itu menjadi minat mak dan rutinnya sejak dulu, malah wang hasil hantaran itu jugalah menjadi sebahagian daripada pendapatan ibubapaku membesarkan kami 10 beradik mak tetap sanggup terima tempahan. Kali ini aku dan adikku yang membantu apa yang patut bila mak letih untuk menggubah hantarannya. Nak buat halwa betik ini perlukan minat, bakat seni, kesungguhan, ketelitian dan kesabaran yang tinggi barulah hasilnya berkualiti tinggi. Itu yang aku tak dapat nak ikut jejak mak. Kerja yang rumit dan mengambil masa. Hantaran agar2 gulung pula tidaklah serumit halwa betik namun aku belum lagi belajar daripada mak ilmu tersebut. Tengoklah bila2 masa yang sesuai nanti aku mesti belajar daripada mak.
Sapa2 yang berminat bolehlah menempah daripada mak, biasanya untuk halwa betik perlukan tempahan selewat-lewatnya 2 minggu lebih awal, agar2 gulung 1 minggu lebih awal supaya mak boleh buat persediaan. Hantaran ini boleh tahan antara 2 - 3 minggu jika kena cara menyimpannya.