Sunday, May 2, 2010

Kembara Raudhah 4: Salam Sejahtera



Assalamualaikum wbt. buat kak al dan semua keluarga di Parit Buntar serta kak shidah arbaian di Terengganu kerna sudi melayari blog saya yang tak seberapa. 2 Jamadilawwal yang lalu genaplah 8 tahun arwah achik begitu juga arwah abah meninggalkan kita semua. Menjelang 16 Jamadilakhir nanti genaplah 6 tahun pak kembali menemui Rabbnya. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah acik, arwah abah dan arwah pak dan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh. Hanya doa yang dapat dikirimkan. Semoga Allah memanjangkan usia kita semua dalam iman bagi meneruskan tugas-tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Yang pasti aku tetap akan ditanya tentang tanggungjawabku mendidik anak-anak melebihi yang arwah akan dipersoalkan. Mudah-mudahan Allah memudahkan urusanku membesarkan anak-anakku mengikut jalan yang diperintahkan. Semoga mereka menjadi generasi Rabbani walaupun terkadang aku seperti tidak mampu melunasi tugas tersebut. Semoga Allah mengampun segala kekhilafan aku kerana aku hanyalah insan yang kerdil lagi lemah di sisimu Ya Allah. Sebulan lagi Ammar akan menduduki peperiksaan musleh dan menjelang September dia akan menduduki UPSR. Aku yang terlebih risau memandangkan anakku Ammar masih lagi bersikap biasa2. Mungkin anak lelaki lambat matang. Apapun aku berharap Allah mengurniakan yang terbaik buatnya di dunia dan akhirat.. Baru-baru ini Mu'az menghadapi situasi yang amat menyedihkannya dan menyebakkan naluriku sebagai ibunya. Almaklumlah dia begitu beria-ia berlatih memukul gendang sehingga habis kabinet, peti sejuk, pintu dan keretaku dijadikan medan untuknya berlatih dan akhirnya terpilih juga untuk bermain alat yang lain sempena Fannul atfal sek-sek rendah Islam negeri Kedah. Setelah berlatih 2 minggu berturut2, aku melihat dia amat keletihan. Namun semangatnya cukup tinggi kerana minatnya. Alih-alih dia disingkirkan sehari sebelum pertandingan kerana bilangan ahli kumpulan berlebihan. Disingkirkan tidak mengapa tetapi cara penyingkiran yang tidak berhemah sebenarnya telah menghancur-luluhkan semangatnya. Aku sangat memahami perasaannya tatkala dia meluahkan rasa kecewanya itu. Terpaksalah aku dan mak memujuknya supaya tidak berterusan kecewa. Akhirnya beliau kembali ceria apabila berjaya menjadi johan dalam kelasnya semasa Kejohanan Tertutup Taekwando Sek. Rendah Al azhar pada Jumaat yang lepas. Hani mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. Aisyah pula tidak berminat dalam bidang tersebut.. Ammar pula lebih cenderung ke bidang sukan apabila dia berjaya menjadi naib Johan acara lontar peluru dan tempat ketika acara 4 X 100 meter dalam Kejohanan sukan sek-sek rendah islam negeri Kedah April yang lalu. Itulah anak-anakku. Semoga mereka tumbuh menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Merekalah harta yang arwah tinggalkan.

1 comment:

  1. Salam,
    tahniah kpd anak2 dan ibunya... moga terus berjaya

    ReplyDelete