Monday, May 17, 2010

Kembara Raudhah 7: Salam Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Lahir

Terimalah kuntuman bunga Kemunting Cina sebagai hadiah tanda ingatan buat semua guru-guru. Tanggal 16 Mei semua warga guru diraikan dalam majlis Sambutan Hari Guru di peringkat Kebangsaan hinggalah ke peringkat sekolah di daerah masing-masing termasuklah di pulau-pulau dan nanga-nanga di pedalaman Sarawak dan Sabah. Aku tabik spring utk semua para guru yang bertugas jauh di pedalaman spt yang tertera dalam akhbar Berita Harian kelmarin. Tahniah dan Syabas buat semua guru di Malaysia. Syukur kita semua masih lagi diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk menjalankan tugas sebagai muallim dan murabbi insyaallah. Kalaupun tidak kaya dan jutawan di dunia, mudah-mudahan dengan keikhlasan menjalankan tugas mulia ini dengan rahmat Allah kitalah antara yang kaya dan jutawan di negeri yang kekal abadi selama-lamanya. Amatlah malang jika sebaliknya.
Janganlah kita berasa sedih apabila kerapkali kitalah yang terpaksa berhempas pulas membuat persiapan menyambut Hari Guru untuk diri kita sendiri memandangkan masyarakat kita belum berubah paradigma mereka dalam memandangkan isu betapa pentingnya para waris menghargai jasa guru yang mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya. Kalaupun tidak ada kesempatan untuk datang ke sekolah bagi meraikan bersama-sama guru adalah lebih baik jika para waris mendidik anak-anak untuk hadir pada hari tersebut bagi meraikan hari bahagia itu. Bayangkan jika hanya 500 hingga 600 sahaja pelajar yang hadir menyambut hari guru di sekolahku daripada 1800 orang pelajar yang ada. Dimanakah silapnya ibu mengandung atau silapnya guru mendidik? Pelajar non malay lagilah tak hiraukan semua ini kerana pada mereka hanya yang mendatangkan keuntungan kepada mereka sahaja akan diberi perhatian. Padaku ibubapalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak agar menghargai guru sebagaimana guru sering mengingatkan pelajar supaya menghormati dan menghargai jasa ibu dan bapa pada setiap kali Sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa sedunia. Perkara itulah yang cuba aku terapkan dalam minda anak-anakku yang empat orang itu. Semoga mereka menjadi pelajar-pelajar yang tahu menghargai jasa guru-gurunya bermula dari sekolah tadika, guru al-quran sehinggalah ke universiti dan sesiapa sahaja yang pernah menyampaikan ilmu duniawi mahupun ukhrawi kepada mereka lebih-lebih lagilah ibubapa sendiri yang mula-mula sekali mengajar kita menyebut perkataan, membaca bismillah dan seterusnya.

Aku terlewat menitipkan salam ucapan selamat hari guru di laman maya ini kerana kesibukan. Hari ini aku masih menerima ucapan selamat hari guru daripada murid-muridku. Dalam banyak2 student yang aku mengajar aku cukup terharu akan Noraniza Khamis, Nur Shahira,Ainur Syafiqah, Nur Syifa dan Nurul Syaza. Aku yakin mereka akan menjadi pelajar yang berjaya pada masa hadapan. Tidak perlu hadiah berupa material tapi cukuplah ucapan Selamat Hari Guru yang ikhlas dari lubuk jiwa masing2.
Aku juga terkenang kepada guru2ku di Tadika Jeram tahun 1976, Sekolah Kebangsaan Tunjang 1977 hingga 1982, Sekolah Menengah Pulau Nyior 1983 hingga 1989, Universiti KebangsaanMalaysia Kampus Sabah 1990 hingga 1994, Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Syah 1996 hingga 1997 dan guru-guru Al Quran di Masjid Ar Rahmaniah Kg. Tanjong 1979 hingga 1982. Ada yang telah meninggal dunia, dah bersara malah ada yang awet muda seperti dulu dan kini menjadi rakan sejawatku antaranya Pn. Hjh Rohayati Bt Hj Udin, dulu guru tingkatanku di tingkatan 3A4 tahun 1985. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa-jasamu wahai guru-guruku. Hanya doaku panjatkan kepada Yang Maha Esa semoga kalian dianugerahkan darjat yang mulia di sisiMu Ya Allah.

Aku juga mendapat sms ucapan selamat Hari Guru yang menarik utk dikongsi bersama antaranya daripada Kal Al Pt Buntar berbunyi" Setinggi mana capaian tokoh ternama, melata manapun kaisan si kerdil melukut itu, dlm bingkai masa kehidupannya pasti dia pernah disentuh jejari lembut, terwaja tekad seorang guru, cikgu panggilannya mendukung wibawa mendukung tradisi. Daripada Yati Muar berbunyi" Banyak dpt bunga? Tanda tugas mengharumkan dunia. Dpt Pen ? Tanda guru bijak melakar kata, Dpt Pemadam? Tanda guru sentiasa membetulkanyang dusta? Dpt mesej? Tanda guru sentiasa di ingatan. SMS balasan daripada guruku Kak Tie Udin, Guru bukan sahaja muallim penyampai ilmu tetapi juga sebagai murabbi yang membentuk jiwa dan personaliti muridnya. SMS Farah rakan sejawatku " Guru engkaulah pewaris nabi, menjalankan amanah Allah. Sifat2 mulia jelas terpancar pada akhlakmu, budimu luhur, pmurah dgn syuman, pmurah dgn tenaga dan hartamu,tdk lokek memberi bimbingan, kau mendahului tiap kebaikan, senang didampingi keluarga, rakan serta anak2 didikmu.

Apa-apapun teruskan menggalas dan melaksanakan segala tugasmu dengan penuh keikhlasan dan kesabaran tatkala dunia berdepan dengan manusia yang sudah semakin hilang akar imannya, manusia yang semakin hilang kemanusiaannya, manusia yang semakin hilang akal budinya, manusia yang semakin hilang jatidirinya tatkala material menutupi pandangan terhadap nilai keikhlasan yang sebenar. Tatkala hanya yang .........., yang ..............., dan segala yang dipandang orang. Sejauhmana kita ikhlas ? Always introspection is very important. Ingatan utk diriku dan semua yang agree with me. Ok.

Oops hampir aku terlupa tanggal 17 Mei adalah hari ulangtahun anakku Muhammad Muaz yang ke 10, dan Aisyah Izzati yang ke 8. Seingat aku bulan Hijri Muaz lahir tanggal 14 Safar dan Aishah lahir tanggal 24 Safar. Segalanya ketentuan Allah kedua-duanya berkongsi tarikh kelahiran bulan Masehi yang sama. Terkenang semasa lalu tatkala rakan-rakan guru bergembira menyambut Hari Guru di SMK Seri Perak, Pt Buntar, aku pula tengah sarat dan suspen menunggu waktu utk bersalin. Nampaknya janji utk buat kenduri sambutan hari lahir di tempat mengaji alquran mrk kenalah ditunaikan. Semoga mereka gembira.





No comments:

Post a Comment