Thursday, March 18, 2010

kembara raudhah 3:Cuti Sekolah


Assalamualaikum wbt. dan Salam Cuti Sekolah. Cuti Sekolah datang lagi, pejam celik-pejam celik cuti berbaki dua hari lagi. Oops, banyak lagi tugasan sekolah belum dilunaskan.

Kali ini giliran aku bantu adikku Norzaihan yang sedang berpantang di kampung. Sediakan makanan untuknya ikut time. Yang lain-lain mak yang sediakan spt bakar tungku dan sediakan air rebusan akar kayu buat mandian ibu yang baru bersalin. Aku malas sikit hal yang sebegitu. Terkenang semasa dulu time aku beranak kecil, adikku jadi mangsa kena jadi baby sitter cos aku ni beranak setahun seorang so tak terdaya menjaga anak sendiri bila masa dah sarat menunggu hari, jadi anakku aku post ke kg. Adikku Norzaihan dan Norazahlah yang menjaga mereka cos masa tu mereka belum berkahwin lagi, so sekarang anak2ku dah besar giliran aku pula tolong mereka. Norazah dapat baby lelaki seperti Norzaihan juga.

Esok nak buat kenduri doa selamat dan kesyukuran cos semua adikku dah selamat bersalin, anak saudaraku fatimah berjaya dapat 8A 1B dalam SPM baru2 ini dan esp. lagi kakakku yang sulung akan mengerjakan umrah pada 27 Mac nanti. Semoga semuanya selamat dan Siiru 'ala barakatillah.

Tadi anakku 'Aisyah 'Izzati dan Hani 'Izzati dah layak membaca al quran kata Ustazahnya, Ustazah Fatimah, alhamdulillah. Anak2ku menuntut Al quran baru buat mereka jadi aku kenalah sediakan untuk mereka walaupun sesekali fikir AlQuran sedia ada dah banyak di rumah. Tapi mengenangkan yang lain kita boleh beli yang baru, Al Quran kenapa tak boleh? Cuma aku takut juga tak terbaca Al Quran yang sedia ada. Nak didermakan ada muka surat yang dah koyak sikit2. Semoga ada penyelesaiannya soal Al Quran lama yang tersimpan di rumahku.

Petang tadi anakku yang sulung Ammar pulang dari kem TKRS sekolahnya di Bendang Man. Macam2 pengalaman yang dia ceritakan. Selama ini di rumah tak pernah dia memasak di dapur. Tup-tup di sana mereka kena sediakan makanan sendiri. Agaknya terkial-kiallah mereka memasak, nasi mentahpun tetap habis dimakan. Punya kalut sampai nak berus gigipun tak sempat. Katanya dia kebulur di sana. Almaklum dia tengah membesar, memang tengah kuat makan.Apa-apapun semuanya baik untuk mematangkan mereka.

Sekarang anakku Ammar dah hampir sama tinggi denganku, sekejap saja masa berlalu. Ketika arwah suami meninggal dia baru berusia empat tahun. Kini dah besar panjang dan nampak ketara dia klon arwah abahnya pada cara berjalan, cara bercakap dan iras mukanya. Semoga akhlaknya juga menjadi seperti abahnya juga. Eh, asyik berceloteh pasal anakku tak sedar pula malam dah lewat, esok perlu bangun awal cos kari ayamku belum bersantan dan pulut kuning belum berkukus lagi. Takut juga kalau panggilan sampai, makanan belum siap. Ok. Selamat beristirehat dan jumpa lagi.

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum,
    Tahniah yummie-hanie krn telah berjaya berblog, bolehla kita berhubung jika dalam kerinduan. Maaf, mulanya kak tak perasan ini blog yummie-hanie krn kak jarang melayari intrnt disbbkan sukar utk online. Alhamdulillah kelmarin semuanya selesai & bolehla kak mulai berhbg dgn rakan2...
    Tahniah juga buat ank sedara yg berjaya dlm SPM, salam buat anak2 & ibu tersayang serta salam umrah utk kakak. Tugasan2 lain tu bolehla mulakan ya... maaf krn tak sempat membantu...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.
    Tahniah drpd kami kak al dan abg hai kerana dah berblog. Kalau ada masa tengoklah blog abg hai. Ateh pun kirim salam.

    ReplyDelete