Saturday, March 6, 2010

Kembara Raudhah 2


Assalamualaikum wbt. dan salam rabiulawwal buat semua. Sekarang baru aku teringat bahawa aku ada daftar blog tapi belum siap, so aku ambil masa sikit untuk buat catatan baru. Bulan ni bulan Rabiulawwal, semua orang sibuk pasal sambutan maulidurrasul nak berarak ka tak mau ka? Baik peringkat kebangsaan hinggalah ke kampung? Semalam kat kg. aku pun ada ceramah motivasi sempena maulidurrasul. Mudah-mudahan ada kebaikan yang diperoleh para hadirin termasuklah empat orang anak2 ku. Aku sering terfikir sejauhmana semua orang yang mengaku cintakan rasulullah betul-betul cintakan kekasih Allah ini termasuklah diriku ini. Tambah2 lagi sejauhmana aku dapat didik anak2ku supaya benar2 dapat menanamkan rasa cinta mereka kepada rasulullah yang sepanjang hayatnya yakni hingga ke saat2 sakaratulmaut masih lagi mengingati umatnya. Ummati,ummati. Atau kita semua masih lagi cintakan yang lain melebihi Allah dan Rasul. Malah kadang-kadang kita lebih sayangkan, cintakan cerita Indonesia di tv daripada Allah dan Rasul.Teringat aku bahan penceramah semalam bagaimana gambar seorang pemuda di kedah mati bunuh diri di tali gantung kerana frust bercinta.....kerana cinta kepada seorang wanita. Nauzubillahiminzalik. Malah kalau ditanya semula sirah nabi, pasti ramai yang dah lupa kerana kenang rasul setahun sekali sahaja.Pendekata bulan ni la baru ada kuiz, forum,pentomen, nasyid berzanji pasal Rasulullah. Inilah wajah generasi yang makin jauh daripada Allah dan Rasul. Marilah kita berdoa semoga kita semua termasuk dalam kalangan umat nabi yang paling mulia iaitu generasi selepas kewafatan Rasulullah, mereka tidak pernah bertemu dengan Rasulullah tetapi mereka sangat mencintai Rasulullah. Terkenang aku akan kata-kata akhir arwah suamiku 8 tahun yang lalu pada waktu-waktu yang hampir dengan ajalnya tentang bagaimana perlunya kita mengikuti sunnah nabi dalam kehidupan kita. Mudah-mudahan arwah ditempat di kalangan hamba-hambaNya yang sentiasa mencintai Allah dan Rasul. Terkenang juga saat mengunjungi makam Rasulullah Disember lepas, terasa sangat hampir dengan Rasulullah. Malam semakin larut aku pun dah mula sakit kepala, esok pagi kena ke sekolah pula, so aku ucapkan selamat beristirehat. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment