Thursday, May 20, 2010

Kembara Raudhah 8: Salam Minggu Peperiksaan


Apa khabar semua? Semoga antum biil khair. Pejam celik pejam celik persekolahan hampir setengah tahun dah berlalu. Masa begitu pantas meninggalkan kita semua. Diam tak diam, minggu depan kebanyakan pelajar sekolah akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Emm, pelajar-pelajarku akan menjawab soalan peperiksaan menjelang 26 Mei nanti, anak-anakku pula akan menghadapi peperiksaan bermula 23 Mei. Pasti ibubapa pula sibuk memantau anak-anak agar membuat ulangkaji menjelang peperiksaan. Harap-harap adalah kejayaan untuk anak-anak kita. Cikgu-cikgu pula mulalah sibuk memeriksa kertas peperiksaan khususnya bagi paper yang dah selesai lebih awal. Apapun selamat memantau prestasi anak-anak buat semua ibubapa, selamat menjawab soalan peperiksaan kepada semua pelajar dan selamat memeriksa kertas jawapan peperiksaan buat semua guru yang bertugas. Tapi bagaimana dengan pelajar-pelajar sekolah menengah yang belum lagi boleh membaca dan menulis dengan cekap? Kasihan mereka kerana mereka tetap perlu menjawab soalan arus perdana. Walaupun bilangan mereka kecil tetapi tetap memerlukan perhatian semua pihak.

Monday, May 17, 2010

Kembara Raudhah 7: Salam Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Lahir

Terimalah kuntuman bunga Kemunting Cina sebagai hadiah tanda ingatan buat semua guru-guru. Tanggal 16 Mei semua warga guru diraikan dalam majlis Sambutan Hari Guru di peringkat Kebangsaan hinggalah ke peringkat sekolah di daerah masing-masing termasuklah di pulau-pulau dan nanga-nanga di pedalaman Sarawak dan Sabah. Aku tabik spring utk semua para guru yang bertugas jauh di pedalaman spt yang tertera dalam akhbar Berita Harian kelmarin. Tahniah dan Syabas buat semua guru di Malaysia. Syukur kita semua masih lagi diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk menjalankan tugas sebagai muallim dan murabbi insyaallah. Kalaupun tidak kaya dan jutawan di dunia, mudah-mudahan dengan keikhlasan menjalankan tugas mulia ini dengan rahmat Allah kitalah antara yang kaya dan jutawan di negeri yang kekal abadi selama-lamanya. Amatlah malang jika sebaliknya.
Janganlah kita berasa sedih apabila kerapkali kitalah yang terpaksa berhempas pulas membuat persiapan menyambut Hari Guru untuk diri kita sendiri memandangkan masyarakat kita belum berubah paradigma mereka dalam memandangkan isu betapa pentingnya para waris menghargai jasa guru yang mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya. Kalaupun tidak ada kesempatan untuk datang ke sekolah bagi meraikan bersama-sama guru adalah lebih baik jika para waris mendidik anak-anak untuk hadir pada hari tersebut bagi meraikan hari bahagia itu. Bayangkan jika hanya 500 hingga 600 sahaja pelajar yang hadir menyambut hari guru di sekolahku daripada 1800 orang pelajar yang ada. Dimanakah silapnya ibu mengandung atau silapnya guru mendidik? Pelajar non malay lagilah tak hiraukan semua ini kerana pada mereka hanya yang mendatangkan keuntungan kepada mereka sahaja akan diberi perhatian. Padaku ibubapalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak agar menghargai guru sebagaimana guru sering mengingatkan pelajar supaya menghormati dan menghargai jasa ibu dan bapa pada setiap kali Sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa sedunia. Perkara itulah yang cuba aku terapkan dalam minda anak-anakku yang empat orang itu. Semoga mereka menjadi pelajar-pelajar yang tahu menghargai jasa guru-gurunya bermula dari sekolah tadika, guru al-quran sehinggalah ke universiti dan sesiapa sahaja yang pernah menyampaikan ilmu duniawi mahupun ukhrawi kepada mereka lebih-lebih lagilah ibubapa sendiri yang mula-mula sekali mengajar kita menyebut perkataan, membaca bismillah dan seterusnya.

Aku terlewat menitipkan salam ucapan selamat hari guru di laman maya ini kerana kesibukan. Hari ini aku masih menerima ucapan selamat hari guru daripada murid-muridku. Dalam banyak2 student yang aku mengajar aku cukup terharu akan Noraniza Khamis, Nur Shahira,Ainur Syafiqah, Nur Syifa dan Nurul Syaza. Aku yakin mereka akan menjadi pelajar yang berjaya pada masa hadapan. Tidak perlu hadiah berupa material tapi cukuplah ucapan Selamat Hari Guru yang ikhlas dari lubuk jiwa masing2.
Aku juga terkenang kepada guru2ku di Tadika Jeram tahun 1976, Sekolah Kebangsaan Tunjang 1977 hingga 1982, Sekolah Menengah Pulau Nyior 1983 hingga 1989, Universiti KebangsaanMalaysia Kampus Sabah 1990 hingga 1994, Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Syah 1996 hingga 1997 dan guru-guru Al Quran di Masjid Ar Rahmaniah Kg. Tanjong 1979 hingga 1982. Ada yang telah meninggal dunia, dah bersara malah ada yang awet muda seperti dulu dan kini menjadi rakan sejawatku antaranya Pn. Hjh Rohayati Bt Hj Udin, dulu guru tingkatanku di tingkatan 3A4 tahun 1985. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa-jasamu wahai guru-guruku. Hanya doaku panjatkan kepada Yang Maha Esa semoga kalian dianugerahkan darjat yang mulia di sisiMu Ya Allah.

Aku juga mendapat sms ucapan selamat Hari Guru yang menarik utk dikongsi bersama antaranya daripada Kal Al Pt Buntar berbunyi" Setinggi mana capaian tokoh ternama, melata manapun kaisan si kerdil melukut itu, dlm bingkai masa kehidupannya pasti dia pernah disentuh jejari lembut, terwaja tekad seorang guru, cikgu panggilannya mendukung wibawa mendukung tradisi. Daripada Yati Muar berbunyi" Banyak dpt bunga? Tanda tugas mengharumkan dunia. Dpt Pen ? Tanda guru bijak melakar kata, Dpt Pemadam? Tanda guru sentiasa membetulkanyang dusta? Dpt mesej? Tanda guru sentiasa di ingatan. SMS balasan daripada guruku Kak Tie Udin, Guru bukan sahaja muallim penyampai ilmu tetapi juga sebagai murabbi yang membentuk jiwa dan personaliti muridnya. SMS Farah rakan sejawatku " Guru engkaulah pewaris nabi, menjalankan amanah Allah. Sifat2 mulia jelas terpancar pada akhlakmu, budimu luhur, pmurah dgn syuman, pmurah dgn tenaga dan hartamu,tdk lokek memberi bimbingan, kau mendahului tiap kebaikan, senang didampingi keluarga, rakan serta anak2 didikmu.

Apa-apapun teruskan menggalas dan melaksanakan segala tugasmu dengan penuh keikhlasan dan kesabaran tatkala dunia berdepan dengan manusia yang sudah semakin hilang akar imannya, manusia yang semakin hilang kemanusiaannya, manusia yang semakin hilang akal budinya, manusia yang semakin hilang jatidirinya tatkala material menutupi pandangan terhadap nilai keikhlasan yang sebenar. Tatkala hanya yang .........., yang ..............., dan segala yang dipandang orang. Sejauhmana kita ikhlas ? Always introspection is very important. Ingatan utk diriku dan semua yang agree with me. Ok.

Oops hampir aku terlupa tanggal 17 Mei adalah hari ulangtahun anakku Muhammad Muaz yang ke 10, dan Aisyah Izzati yang ke 8. Seingat aku bulan Hijri Muaz lahir tanggal 14 Safar dan Aishah lahir tanggal 24 Safar. Segalanya ketentuan Allah kedua-duanya berkongsi tarikh kelahiran bulan Masehi yang sama. Terkenang semasa lalu tatkala rakan-rakan guru bergembira menyambut Hari Guru di SMK Seri Perak, Pt Buntar, aku pula tengah sarat dan suspen menunggu waktu utk bersalin. Nampaknya janji utk buat kenduri sambutan hari lahir di tempat mengaji alquran mrk kenalah ditunaikan. Semoga mereka gembira.





Tuesday, May 11, 2010

Kembara Raudhah 6: Putera-puteri Permata Hati Ummi

Ini puteri-puteriku, Hani Izzati dan 'Aishah 'Izzati. Sewaktu berjalan Hani selalu dianggap kakak kepada Aishah kerana saiz badannya lebih besar daripada Aishah. Sewaktu abahnya kembali menemui Rabbnya Hani baru berusia 22 hari dan Aishah pula berusia 1 tahun. Kini mereka telahpun berusia 8 dan 9 tahun. Seperti baru semalam peristiwa berlaku, masa begitu pantas berlalu. Inilah tandanya dunia semakin berada dipenghujung usianya. Sejauhmana persediaan aku mendidik mereka supaya menjadi muslimah sejati dalam abad yang mencabar jati diri umat islam. Lihat saja kepada pelajar-pelajarku di sekolah hari-hari ada masalah malah ada ketika cikgu pun takut akan murid-muridnya. Pening kepala guru memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah disiplin dan sosial para pelajar. Kembali kepada ajaran agama, buat program solat berjemaah, pelajar lari tak mau solat cos di rumah pun tak pernah solat. Habis macammana? Guru hanya boleh usahakan dalam bidang kuasanya, tetapi di rumah bagaimana? Inilah cabaran kepada ibu bapa. Aku pun ada dua orang putera dan puteri yang sedang membesar. Semoga Allah menolongku membentuk mereka menjadi hambaNya yang mukmin. Amiin.

Saturday, May 8, 2010

Kembara Raudhah 5: Salam Selamat Hari Ibu

Besok 9 hb. Mei.2010, seluruh dunia menyambut Hari Ibu. Begitulah setiap tahun berlalu. Aku pun ambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu especially buat Ibuku tersayang Hjh Khalajiah bt Hanapiah. Ibuku seorang yang tabah dalam menghadapi dugaan daripada Allah semenjak usia awal perkahwinan hingga kini tinggal ibu seorang meneruskan kehidupan tanpa pak di sisi. Teringat kata-kata arwah suami tentang ibuku. Katanya mak seorang yang sabar tatkala dia melihat mak begitu sabar sekali menyiang anak-anak ikan puyu dan haruan yang ditangkap oleh adikku. Tak seekorpun dibuangnya. Kalau aku pasti yang anak-anak ikan tu aku buang saja, tak sabar nak sudahkan kerja. Memang benar kata-katanya kalau direnung sejarah kehidupan ibuku selama ini. Aku bangga punya ibu yang tabah menghadapi kehidupan di dunia yang fana ini. Tatkala melihat keadaaan mak sewaktu beliau sedang lena, kasihan mak badannya sudah kurang kudratnya, wajahnya menunjukkan keadaannya yang semakin keletihan ditelan masa. Semoga aku sempat berbakti lagi kepada ibuku. Semoga esok aku sempat meraikan Hari Ibu bersama-sama ibuku. Sebenarnya selama-lamanya adalah Hari Ibu walaupun hayat ibu telah tiada. Doalah kepada ibu tanda ingatan kasih sayang anak-anak buat ibu tercinta.

Sunday, May 2, 2010

Kembara Raudhah 4: Salam Sejahtera



Assalamualaikum wbt. buat kak al dan semua keluarga di Parit Buntar serta kak shidah arbaian di Terengganu kerna sudi melayari blog saya yang tak seberapa. 2 Jamadilawwal yang lalu genaplah 8 tahun arwah achik begitu juga arwah abah meninggalkan kita semua. Menjelang 16 Jamadilakhir nanti genaplah 6 tahun pak kembali menemui Rabbnya. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah acik, arwah abah dan arwah pak dan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh. Hanya doa yang dapat dikirimkan. Semoga Allah memanjangkan usia kita semua dalam iman bagi meneruskan tugas-tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Yang pasti aku tetap akan ditanya tentang tanggungjawabku mendidik anak-anak melebihi yang arwah akan dipersoalkan. Mudah-mudahan Allah memudahkan urusanku membesarkan anak-anakku mengikut jalan yang diperintahkan. Semoga mereka menjadi generasi Rabbani walaupun terkadang aku seperti tidak mampu melunasi tugas tersebut. Semoga Allah mengampun segala kekhilafan aku kerana aku hanyalah insan yang kerdil lagi lemah di sisimu Ya Allah. Sebulan lagi Ammar akan menduduki peperiksaan musleh dan menjelang September dia akan menduduki UPSR. Aku yang terlebih risau memandangkan anakku Ammar masih lagi bersikap biasa2. Mungkin anak lelaki lambat matang. Apapun aku berharap Allah mengurniakan yang terbaik buatnya di dunia dan akhirat.. Baru-baru ini Mu'az menghadapi situasi yang amat menyedihkannya dan menyebakkan naluriku sebagai ibunya. Almaklumlah dia begitu beria-ia berlatih memukul gendang sehingga habis kabinet, peti sejuk, pintu dan keretaku dijadikan medan untuknya berlatih dan akhirnya terpilih juga untuk bermain alat yang lain sempena Fannul atfal sek-sek rendah Islam negeri Kedah. Setelah berlatih 2 minggu berturut2, aku melihat dia amat keletihan. Namun semangatnya cukup tinggi kerana minatnya. Alih-alih dia disingkirkan sehari sebelum pertandingan kerana bilangan ahli kumpulan berlebihan. Disingkirkan tidak mengapa tetapi cara penyingkiran yang tidak berhemah sebenarnya telah menghancur-luluhkan semangatnya. Aku sangat memahami perasaannya tatkala dia meluahkan rasa kecewanya itu. Terpaksalah aku dan mak memujuknya supaya tidak berterusan kecewa. Akhirnya beliau kembali ceria apabila berjaya menjadi johan dalam kelasnya semasa Kejohanan Tertutup Taekwando Sek. Rendah Al azhar pada Jumaat yang lepas. Hani mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. Aisyah pula tidak berminat dalam bidang tersebut.. Ammar pula lebih cenderung ke bidang sukan apabila dia berjaya menjadi naib Johan acara lontar peluru dan tempat ketika acara 4 X 100 meter dalam Kejohanan sukan sek-sek rendah islam negeri Kedah April yang lalu. Itulah anak-anakku. Semoga mereka tumbuh menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Merekalah harta yang arwah tinggalkan.