Thursday, March 18, 2010

kembara raudhah 3:Cuti Sekolah


Assalamualaikum wbt. dan Salam Cuti Sekolah. Cuti Sekolah datang lagi, pejam celik-pejam celik cuti berbaki dua hari lagi. Oops, banyak lagi tugasan sekolah belum dilunaskan.

Kali ini giliran aku bantu adikku Norzaihan yang sedang berpantang di kampung. Sediakan makanan untuknya ikut time. Yang lain-lain mak yang sediakan spt bakar tungku dan sediakan air rebusan akar kayu buat mandian ibu yang baru bersalin. Aku malas sikit hal yang sebegitu. Terkenang semasa dulu time aku beranak kecil, adikku jadi mangsa kena jadi baby sitter cos aku ni beranak setahun seorang so tak terdaya menjaga anak sendiri bila masa dah sarat menunggu hari, jadi anakku aku post ke kg. Adikku Norzaihan dan Norazahlah yang menjaga mereka cos masa tu mereka belum berkahwin lagi, so sekarang anak2ku dah besar giliran aku pula tolong mereka. Norazah dapat baby lelaki seperti Norzaihan juga.

Esok nak buat kenduri doa selamat dan kesyukuran cos semua adikku dah selamat bersalin, anak saudaraku fatimah berjaya dapat 8A 1B dalam SPM baru2 ini dan esp. lagi kakakku yang sulung akan mengerjakan umrah pada 27 Mac nanti. Semoga semuanya selamat dan Siiru 'ala barakatillah.

Tadi anakku 'Aisyah 'Izzati dan Hani 'Izzati dah layak membaca al quran kata Ustazahnya, Ustazah Fatimah, alhamdulillah. Anak2ku menuntut Al quran baru buat mereka jadi aku kenalah sediakan untuk mereka walaupun sesekali fikir AlQuran sedia ada dah banyak di rumah. Tapi mengenangkan yang lain kita boleh beli yang baru, Al Quran kenapa tak boleh? Cuma aku takut juga tak terbaca Al Quran yang sedia ada. Nak didermakan ada muka surat yang dah koyak sikit2. Semoga ada penyelesaiannya soal Al Quran lama yang tersimpan di rumahku.

Petang tadi anakku yang sulung Ammar pulang dari kem TKRS sekolahnya di Bendang Man. Macam2 pengalaman yang dia ceritakan. Selama ini di rumah tak pernah dia memasak di dapur. Tup-tup di sana mereka kena sediakan makanan sendiri. Agaknya terkial-kiallah mereka memasak, nasi mentahpun tetap habis dimakan. Punya kalut sampai nak berus gigipun tak sempat. Katanya dia kebulur di sana. Almaklum dia tengah membesar, memang tengah kuat makan.Apa-apapun semuanya baik untuk mematangkan mereka.

Sekarang anakku Ammar dah hampir sama tinggi denganku, sekejap saja masa berlalu. Ketika arwah suami meninggal dia baru berusia empat tahun. Kini dah besar panjang dan nampak ketara dia klon arwah abahnya pada cara berjalan, cara bercakap dan iras mukanya. Semoga akhlaknya juga menjadi seperti abahnya juga. Eh, asyik berceloteh pasal anakku tak sedar pula malam dah lewat, esok perlu bangun awal cos kari ayamku belum bersantan dan pulut kuning belum berkukus lagi. Takut juga kalau panggilan sampai, makanan belum siap. Ok. Selamat beristirehat dan jumpa lagi.

Saturday, March 6, 2010

Kembara Raudhah 2


Assalamualaikum wbt. dan salam rabiulawwal buat semua. Sekarang baru aku teringat bahawa aku ada daftar blog tapi belum siap, so aku ambil masa sikit untuk buat catatan baru. Bulan ni bulan Rabiulawwal, semua orang sibuk pasal sambutan maulidurrasul nak berarak ka tak mau ka? Baik peringkat kebangsaan hinggalah ke kampung? Semalam kat kg. aku pun ada ceramah motivasi sempena maulidurrasul. Mudah-mudahan ada kebaikan yang diperoleh para hadirin termasuklah empat orang anak2 ku. Aku sering terfikir sejauhmana semua orang yang mengaku cintakan rasulullah betul-betul cintakan kekasih Allah ini termasuklah diriku ini. Tambah2 lagi sejauhmana aku dapat didik anak2ku supaya benar2 dapat menanamkan rasa cinta mereka kepada rasulullah yang sepanjang hayatnya yakni hingga ke saat2 sakaratulmaut masih lagi mengingati umatnya. Ummati,ummati. Atau kita semua masih lagi cintakan yang lain melebihi Allah dan Rasul. Malah kadang-kadang kita lebih sayangkan, cintakan cerita Indonesia di tv daripada Allah dan Rasul.Teringat aku bahan penceramah semalam bagaimana gambar seorang pemuda di kedah mati bunuh diri di tali gantung kerana frust bercinta.....kerana cinta kepada seorang wanita. Nauzubillahiminzalik. Malah kalau ditanya semula sirah nabi, pasti ramai yang dah lupa kerana kenang rasul setahun sekali sahaja.Pendekata bulan ni la baru ada kuiz, forum,pentomen, nasyid berzanji pasal Rasulullah. Inilah wajah generasi yang makin jauh daripada Allah dan Rasul. Marilah kita berdoa semoga kita semua termasuk dalam kalangan umat nabi yang paling mulia iaitu generasi selepas kewafatan Rasulullah, mereka tidak pernah bertemu dengan Rasulullah tetapi mereka sangat mencintai Rasulullah. Terkenang aku akan kata-kata akhir arwah suamiku 8 tahun yang lalu pada waktu-waktu yang hampir dengan ajalnya tentang bagaimana perlunya kita mengikuti sunnah nabi dalam kehidupan kita. Mudah-mudahan arwah ditempat di kalangan hamba-hambaNya yang sentiasa mencintai Allah dan Rasul. Terkenang juga saat mengunjungi makam Rasulullah Disember lepas, terasa sangat hampir dengan Rasulullah. Malam semakin larut aku pun dah mula sakit kepala, esok pagi kena ke sekolah pula, so aku ucapkan selamat beristirehat. Jumpa lagi.