Sunday, February 21, 2010

KEMBARA RAUDHAH 1

SALAM KEMBARA UKHUWAH FILLAH.......

Assalamualaikum wbt buat semua saudara dan sahabat handai . Buat julung-julung kalinya aku bersembang di laman maya setelah kesekian kali cuba jaya mendaftar e-mail dan membina blog sendiri. Almaklum aku ni termasuk dalam kalangan mereka yang agak ketinggalan zaman soal dunia teknologi ict. Tengok kawan-kawan pakat ada blog dan facebook sendiri, teringin juga nak berblog. Moga-moga dapatlah rapatkan kembali ukhuwah dengan saudara-mara, rakan-taulan yang jauh dan dekat lebih-lebih lagi yang dah lama lost contact. Sambutlah salam kembara ukhuwah fillah dariku buat semua yang mengenali diriku. Hari ini adalah sejarah bagi ku kerana berjaya membina blog walaupun taklah sehebat mana pada orang lain. Teringat juga pada Kak Shidah yang dah pindah ke SMK Stong, Setiu. Asyik kata saja nak berguru buat blog dengannya, at last tak sempat sebab dia dah dapat pindah. Ok la juga sebab tengok blog dia yang menarik tu la aku juga berminat nak berblog. Moga2 lepas ni aku dapat berhubung semula dengan member2 semasa belajar kat SMKPN dan UKMS dulu2. Begitu juga dengan saudara-mara dan rakan-taulan di Kedah, Kuala Lumpur, Sabah dan Perak.